Pages

Translate

Wednesday, March 23, 2011

Earth Hour 2011


sila sebarkan dan support~
tutup lampu dan kurangkan penggunaan tenaga elektrik seminimum yang mungkin dalam tempoh 1 jam~tenkiu
(please spread and support this event~
turn off your light and minimized the uses of electricity only for an hour)
thank you!!
READ MORE - Earth Hour 2011

Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2010 menerusi mySMS 15888

Keputusan peperiksaan SPM tahun 2010 akan diumumkan pada 23 Mac 2011 (Rabu). Hilangkan debaran dengan membuat semakan lebih mudah dan cepat menerusi mySMS 15888. Bermula jam 10 pagi 23 Mac nanti, anda boleh menaip SPM SEMAK [noKP] [AngkaGiliran] dan sms ke 15888. Diingatkan bahawa, perkhidmatan semakan sms ini hanya bermula pada jam 10 pagi 23 Mac 2011. Nantikan.......Semoga berjaya!
READ MORE - Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2010 menerusi mySMS 15888

Mengubah Ciptaan Allah S.W.T.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda:

"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud). Kesimpulan Hadis:

1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaanAllah s.w.t.

2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.
READ MORE - Mengubah Ciptaan Allah S.W.T.

Do'a Itu Senjata Mukmin

“Ya Allah, anugerahilah jiwa kami ketakwaannya, dan sucikanlah ia,Engkau adalah sebaik-baik yang menyucikannya.Engkau Pengatur dan Penguasanya.”

“Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah bentuk fizik kami, maka perindah pulalah mental kami.Jadikanlah apa yang kami rahasiakan lebih indah daripada apa yang kami nyatakan.”

“Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau, Engkau yang menciptakan aku,aku hamba-Mu dan berusaha memenuhi perjanjianku kepada-Mu dan mengharapkan janji-Mu.”

“Ya Allah, ciptakanlah keimanan kepada kami dan hiasilah hati kami dengannya, serta bencikanlah buat kami kekufuran, kedurhakaan.”

“Ya Allah, perkayalah kami dengan ilmu, hiasilah kami dengan kelapangan dada, muliakanlah kami dengan takwa dan per-indahlah kami dengan kesehatan dan afiat.”

“Sungguh Engkau sentiasa menunjuki jalan, membela yang pecah dan mencukupi yang kekurangan. Semoga Engkau limpahkan shalawat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad Saw.”

“Cukupilah kami dengan yang halal, sehingga kami tidak menyentuh yang haram, dengan ketaatan kepada-Mu, sehingga kami tidak mendekati kedurhakaan.”

“Ya Allah, hidarkanlah kami dari sifat senang menunda, penuhilah waktu kami dengan manfaat, dan jadikanlah hidup kami hidup yang bersinambung dan bertambah di dalamnya segala macam kebajikan.”

“Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan kepadaku dan janganlah Engkau membiarkanku.

Menangkanlah aku, dan jangan Engkau jadikan aku orang yang terkalahkan.”

“Ya Allah kami berlindung kepada-Mu dari keresahan dan kesedihan,
dari kelemahan dan kemalasan, dari rasa takut dan kikir.Kami berlindungkepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan manusia.”

“Ya Allah tuntunlah kami menuju ke hadrat-Mu, bangkitkan kami bila kami terjatuh, selalulah bersama kami di mana pun kami berada.Ya Allah, dengan cahaya-Mu kami memohon taufik dan hidayatmu Ya Allah, dengan anugerah-Mu kami memperoleh Segalanya dengan Cukup.”

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.”

“Ya Allah jadikanlah hari ini lebih baik dari kemarin, hari esok lebih baik dari hari ini.

Jadikanlah hari kami yang terindah adalah hari pertemuan kami dengan-Mu.”

“Ya Allah anugerahilah kami rezeki-Mu yang halal, yang baik, lapang,
dan penuh berkah sehingga kami dapat menjaga air muka kami, tidak meminta–minta kepada makhluk-Mu.”

“Ya Allah kami memohon surga dan apa yang mendekatkan kami ke surga
baik ucapan,perbuatan maupun niat dan keyakinan. Kami memohon perlindungan-Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan kami ke neraka.”

“Ya Allah kami bermohon kepada-Mu kebajikan yang Engkau anugerahkan kepada hamba-hamba-Mu harta dan anak-anak yang tidak sesat dan tidak pula menyesatkan.”

“Ya Allah jadikanlah keberadaan kami di dunia ini diliputi oleh kebajikan, cinta dan kasih sayanganugerahilah kami anak keturunan yang shaleh dan shalehah, yang menjadi cahaya mata dan penyejuk jiwa.”

Terimalah Permohonan kami ini Ya Allah.

Segala Puji itu bagi Allah Tuhan Pertadbir Seluruh Alam, Rahmat dan Salam Keatas junjungan besar kami Nabi Muhammad S.AW, Keluarga dan Sahabat Sahabat beliau.

Ammen Ya Rabbal Alamin.
READ MORE - Do'a Itu Senjata Mukmin

Jom Kita Berdoa 3 Minit Je

YA Allah Ya Rahman Ra Rahim, Ampunkan la Dosaku Ya Allah, Aku Mohon taubatmu, Ya Allah Ampunkan dosa Ibu dan bapaku yang telah membersarkjan aku dari kecil, Ya Allah aku mohon sihatkanlah ibu dan bapaku dalam buat taat padamu. Ya Allah aku bersyukur atas apa yang kau kurniakan pada ku Ya Allah. Ya Allah peliharalah diriku daripada dosa Zahir dan batin, Ya Allah peliharalah imanku, Ya Allah kurniakan taufiq dan hidayah padaku kaum keluargaku dan pada sahabat-sahabatku, Ya Allah tetapkan hatiku pada jalanmu, Ya Allah tolong la aku... Aku merayu padamu Ya Allah Tolong la aku.

Ya Allah Aku hina Ya Allah muliakan lah - 3x
Ya Allah Aku jahat Ya Allah Baikkan lah -3x
Ya Allah Aku banyak dosa Ya Allah kau ampunkan lah -3x
Ya Allah Aku susah Ya Allah kau senangkan lah -3x
Ya Allah Aku Kotor Ya Allah kau Bersihkan lah -3x
Ya Allah Aku Bodoh Ya Allah kau Pandaikan lah -3x

Ya Allah tolong aku Ya Allah jangan kau seksa aku didalam kubur dan diakhirat, aku mohon taubatmu Ya Allah aku taubat nasuha Ya Allah.

Ya Allah Ampunkan mataku,Ampunkan Teligaku, Ampunkan Lidahku, Ampun Tanganku, Ampunkan Seluruh Jasadku Ya Allah Sesungguhnya Aku lemah Ya Allah. Ya Allah pandanglah aku dengan Pandangan Rahmatmu Ya Allah temukan aku dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah Dosa aku banyak Ya Allah dengan Rahmatmu Ampunkan Aku, dan terima lah Taubatku ini, Ya Allah mudakan segala urusanku dunia dan akhirat. Ya Allah murahkan rezeki ku, kaum keluargaku dan sahabat sahabatku agar kami dapat mengerjakan Haji dan Umrah bersama sama dan sentiasa mentaatimu dan dapat aku menolong umat islam yang memerlukan. Ya Allah sesungguhnya engkau maha mengetahui, maha pengampun dan maha penyayang. Maqbulkan doaku ini Ya Allah Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih Ya Allah.
READ MORE - Jom Kita Berdoa 3 Minit Je

Tuesday, March 15, 2011

Pengajaran.. Jangan Ego ..

Diceritakan di zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab,ada seorang raja yang kisahnya boleh dijadikan satu iktibar.Namanya Raja Jabalah Ibnul Ayham.Asalnya beragama Kristian,namun memeluk Islam di zaman pemerintahan Khalifah.Fikirnya,dengan memeluk agama Islam dia akan dianggap mulia dan sentiasa dibela.Niatnya masuk Islam hanyalah semata-mata kerana hendak duduk bersama dengan para golongan atasan atau bangsawan. 



Suatu hari,Raja Jabalah pergi ke Kota Mekkah.Dia turut menunaikan tawaf mengelilingi Kaabah bersama para jemaah yang lain.Ketika haji atau umrah,status seseorang baik raja atau rakyat adalah sama sahaja.Tidak ada bezanya disisi Allah swt. 
Megah dengan status raja,Jabalah begitu berhati-hati ketika menunaikan tawaf.Takut kena siku orang ramai,takut terkena himpit atau terlanggar.Memang ketakutannya menjadi kenyataan.Sebagai salah satu raja yang telah diasuh dengan kesombongan,Jabalah begitu tersinggung apabila hujung pakaiannya dipijak oleh seorang lelaki Arab.Dia mendengus marah.Sambil berkata, 
"Cih ! Apa ni,tak nampakkah ?". begitulah hatinya berkata-kata sambil matanya melotot memandang orang Arab dibelakangnya.Akibat terlalu marah,dia memukul lelaki Arab itu hingga berdarah hidungnya." Rasakan ! ".kata Jabalah sambil membetulkan kain yang menyelubungi tubuhnya itu.Lelaki Arab yang kena pukul itu tidak terkata apa.Masa itu semua orang sedang menunaikan tawaf.Lelaki Arab yang cedera hidungnya itu kenal,orang yang memukulnya itu adalah Raja Jabalah.Dia dulu Kristian dan kemudian memeluk Islam. 
Islamnya Raja Jabalah pun belum sempurna.Masih banyak lagi yang patut dia pelajari.Tetapi,sebagai seorang raja,dia rasa tidak perlu belajar dari orang awam.Dia fikir episod kejadian itu habis begitu sahaja.Orang Arab yang hidungnya cedera itu telah menemui Khalifah Umar Al-Khattab,mengadukan masalahnya.Untuk mempastikan dakwaan orang Arab itu benar,Raja Jabalah telah dipanggil menemui Khalifah Umar Al-Khattab." Adakah lelaki ini yang telah menyebabkan hidungmu berdarah ? ". tanya Khalifah Umar. " Ya,".jawab orang Arab itu. " Apa benarkah kata-kata orang ini ? ". tanya Khalifah Umar kepada Raja Jabalah pula. 
Raja Jabalah serba-salah.Dia tidak boleh elakkan diri lagi.Dia mengaku di depan Khalifah Umar dengan harapan,kecederaan itu dapat dimaafkan sahaja.Anggaplah kurnia raja kepada orang biasa.Raja Jabalah tetap ego,dia memandang rendah kepada orang Arab yang telah dipukulnya itu.Khalifah Umar pun berkata, " Aku jatuhkan hukuman kepada kamu,sama ada engkau meminta maaf kepada orang yang kamu pukul itu,atau aku hukum qisas dengan memukul hidungmu sampai pecah." 
" Mana boleh begitu ! ". kata Raja Jabalah. " Dia cuma orang biasa,sedangkan aku seorang raja.Mana sama ! ". " Sesungguhnya Islam telah menyamakan kamu berdua." tegas Khalifah Umar tanpa sedikit pun hendak menyebelahi Raja Jabalah.Dengan Perasaan marah,Raja Jabalah terus meninggalkan majlis tanpa menghormati Khalifah Umar Al-Khattab.Lelaki Arab yang mengadu terdiam. 
" Kalau dia meminta maaf padaku,sudah tentu aku maafkan.Betul-betul ego anak raja ini,". kata orang Arab tersebut.Tidak lama kemudian hebohlah cerita mengenai Raja Jabalah.Dia rasa tidak sesuai hendak bersama-sama rakyat.Status raja dengan rakyat tidak sama.Dia tidak setuju dengan kata-kata Khalifah Umar Al-Khattab yang sebenarnya berpandukan pada Al-Quran.Akhirnya,Raja Jabalah melarikan diri ke Constantinople,dia telah menyebelahi musuh umat Islam.Di depan raja mereka,Jabalah mengisytiharkan diri memeluk agama Kristian. 
Begitulah kisah betapa pengecutnya seorang raja ketika berdepan dengan undang-undang Islam sebenar.Kalau dia meminta maaf kepada lelaki Arab tersebut,tentu kes itu sudah selesai.Sebaliknya kerana dia bersikap ego, maka dia sanggup murtad menjadi raja kafir."
READ MORE - Pengajaran.. Jangan Ego ..

From today onwards, my life is going to change. I no longer need to depend on SMS, let alone MMS. Why you ask? Because I can now be a proud owner of an iPhone4! Thank you, #DiGiiPhone4

READ MORE - From today onwards, my life is going to change. I no longer need to depend on SMS, let alone MMS. Why you ask? Because I can now be a proud owner of an iPhone4! Thank you, #DiGiiPhone4

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

READ MORE - How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Gurauan Yang Dituntut Oleh Islam

SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka. Abdus Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauan sebagai 'al-mizah'. Beliau membawa hadis Rasulullah yang bermaksud; "Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia." (Hidayatus Salikin: 170). Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa. 
Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh 'menanggalkan' hati. Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud; "Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun." Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa. 
Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang. Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta. Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu. Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman. 
Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain. Rasulullah bersabda bermaksud; "Malu adalah cabang daripada iman." Dalam sabda lain, baginda menyatakan; "Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya." Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya. 
Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan. Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persengketaan atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam. Firman Allah bermaksud; "Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya." (al-Hujurat: 11). Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara. 
READ MORE - Gurauan Yang Dituntut Oleh Islam

Monday, March 14, 2011

Syaitan, Syirik & Taubat

1. Kadang-kadang sesuatu perkara itu nampak baik, walaupun sebenarnya tidak baik. Syaitan memperlihatkan seolah-olah ianya baik. Namun pada hakikatnya, Syaitan sebenarnya takutkan ALLAH swt. Setelah berjaya mengkafirkan manusia, ia berlepas tangan. Tugasnya selesai disitu.

Anfal [48] Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan) , Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya.
Qaf [27] (Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong. 
2. Dosa syirik neraka jahanamlah tempat balasan dan transitnya.

An-Nisa [116] Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya) ; dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. 
3. Diberi makan buah berduri (ZAKUM) dan minum air panas mendidih hingga pecah perutnya sebelum disiksa dengan siksaan yang lebih berat lagi.

Saffat [62] Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum? [63] Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat). [64] Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar Neraka yang marak menjulang. [65] Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan. [66] Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya. [67]Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi (selain itu) satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak. [68] Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam Neraka yang menjulang-julang.

4. Banyakkan bertaubat, samada melalui solat, istigfar, menahan dari melakukan dosa-dosa dan tidak mengulangi lagi dosa lampau. Bertaubat itu boleh “cancelkan” dosa-dosa kita yang lalu. Boleh bertaubat dengan mengerjakan solat sunat dan istigfar, baca quran, zikir dan bermacam-macam kebaikan.

Sabda Baginda saw :
mafhumnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Tirmidzi dan Ahmad)

5. Moga-moga ALLAH swt selamatkan kita dan bantu semua orang ISLAM balik ke pangkal jalan
READ MORE - Syaitan, Syirik & Taubat

Kubur... Haram!?

Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah. 

Larangan dari Rasulullah shallallaahu alaihi wasallam: 

Dari Jabir radhiyallahu anhu, dia berkata, 

Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan di atasnya. 

(Hadith Riwayat Imam Muslim) 

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.. 

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwataala. 

Ali bin Abi Talib radhiyallahu anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi. 

wALLAHualam..
READ MORE - Kubur... Haram!?

Sunday, March 13, 2011

Tsunami utara Jepun

PENUMPANG perkhidmatan keretapi Yurikamome berjalan menyusuri landasan keretapi ke Stesen Shiodome, berhampiran Tokyo, sejurus selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda Jepun, hari ini. - Foto A
BANJIR disebabkan tsunami melanda Iwaki, Wilayah Fukushima, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini - Foto AP
PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kenderaan yang dihanyutkan banjir tsunami di Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud, hari ini. - Foto AP
PENGUNJUNG kedai buku berlindung di sebalik siling yang runtuh akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Sendai, Jepun, hari ini. - Foto Reuters

BANGUNAN yang terbakar akibat gempa bumi yang melanda daerah Odaiba, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto Reuters
BANGUNAN yang terbakar akibat gempa bumi yang melanda daerah Odaiba, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto Reuters
PEGAWAI polis berlari mengawal keadaan orang ramai yang berkumpul ke luar bangunan pusat kewangan Tokyo akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun, hari ini.
PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kapal yang musnah akibat dihanyutkan tsunami di pelabuhan Bandar Hanchinohe, Wilayah Aomori, Jepun hari ini. - Foto AFP
PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kapal yang musnah akibat dihanyutkan tsunami di pelabuhan Bandar Hanchinohe, Wilayah Aomori, Jepun hari ini. - Foto AFP
SISA tanah runtuh menyekat laluan jalanraya di Bandar Iwaki akibat tsunami disebabkan gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun hari ini. - Foto Reuters
TEMBOK runtuh menghempap kenderaan di tempat letak kereta di Bandar Mito, Wilayah Ibaraki, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto AFP
TANGKI menyimpan gas asli terbakar di Wilayah Chiba, Tokyo, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini. - Foto Reuters
RUMAH yang dihanyutkan tsunami berhampiran Lapangan Terbang Sendai akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun, hari ini. - Foto Reuters
PENUMPANG keretapi menunggu di luar Stesen Keretapi Shinagawa, Tokyo selepas dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda negara itu, hari ini. - Foto AP
PETUGAS Stesen Keretapi Shinagawa, Tokyo membersihkan lantai yang kotor akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun hari ini. - Foto AP
PANDANGAN udara memperlihatkan keadaan tsunami yang melanda Lapangan Terbang Sendai, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini - Foto Reuters
ORANG ramai melihat gelombang bencana tsunami yang melanda Pelabuhan Kesennuma di Miyagi Prefecture, Jepun, hari ini. - Foto
PANDANGAN udara kemusnahan disebabkan tsunami akibat gempa bumi yang melanda Hitachinaka, Ibaraki Prefecture, Jepun, hari ini. - Foto AFP

PETA tenaga oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan anggaran kekuatan tsunami di Kepulauan Pasifik berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda timur laut Jepun semalam. - Foto REUTERS
ANTARA mangsa yang terselamat dalam kejadian gempa bumi yang mengakibatkan gelombang tsunami di utara Jepun semalam melihat kerosakan yang berlaku pada rumah mereka dan sekitarnya. - Foto REUTERS
MANGSA yang terselamat dalam kejadian gempa bumi yang mengakibatkan tsunami dibawa anggota penyelamat menggunakan helikopter keluar dari kediaman mereka di utara Jepun hari ini. - Foto REUTERS
WANITA ini menangis kegembiraan selepas mengetahui ibunya terselamat dalam kejadian gempa bumi yang mengakibatkan tsunami di utara Jepun, semalam. - Foto REUTERS
DUA buah bot nelayan tersadai di jeti berdekatan pelabuhan Hachinohe, Aomori, hari ini selepas dibawa gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda utara Jepun semalam. - Foto AP
MUATAN kontena bertaburan dan rosak teruk selepas dihempas gelombang tsunami terburuk dalam sejarah Jepun berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter melanda Sendai, semalam. - Foto AP
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan stadium besbol di Soma, Fukushima yang rosak teruk dan berlumpur selepas dihempas gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda utara Jepun, semalam. - Foto AP
MANGSA gempa bumi di Kesennuma, Jepun yang berada di bahagian atas sebuah bangunan menghantar isyarat kecemasan SOS bagi meminta tolong. - REUTERS
INILAH loji reaktor nuklear Fukushima Daiichi No 1 yang berlaku letupan pada sebahagian atas bangunan berikutan gempa bumi kuat, Jumaat lalu. Gambar terbaru ini dikeluarkan Tokyo Electric Power Company (TEPCO) di loji nuklearnya di Fukushima, di utara Jepun, hari ini. Kebimbangan memuncak kemungkinan berlakunya kebocoran radiasi sehingga lebih 10,000 penduduk sekitar loji sudah dipindahkan setakat ini. - Foto Reuters/TEPCO
KESAN kemusnahan sehari selepas gempa dan tsunami di Sendai, Jepun. - Foto Reuters
GAMBAR dari udara oleh helikopter Jabatan Pertahanan Awam Jepun hari ini menunjukkan hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi bertukar menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila musnah dibawa tsunami selepas gempa kuat 8.9 magnitud melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto REUTERS/Kyodo


sumber :


READ MORE - Tsunami utara Jepun

Cara Jepun lawan tsunami

Jika berlaku gempa bumi pada magnitud tertentu, kereta api laju dan loji nuklear akan terhenti secara automatik.

KEMUDAHAN gas asli di Miyagi terbakar selepas gempa bumi.


JAM dinding di pejabat akhbar Wall Street Journal yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan di bandar Tokyo menunjukkan pukul 6.57 pagi.
Wartawan akhbar itu, Yuka Hayashi bersama rakan-rakannya baru sahaja ingin memulakan rutin harian mereka apabila bilik berita yang menempatkan mereka mengalami gegaran kuat.
"Beberapa saat selepas itu, satu laporan diterima mengatakan timur laut Jepun dilanda gempa bumi yang besar.
"Untuk beberapa ketika, kami semua terpaku sehinggalah keadaan di pejabat kami bertukar kelam-kabut.
"Gegaran yang semakin kuat mengakibatkan ramai di antara kami tidak mampu berdiri sehingga terpaksa berpaut pada kerusi dan meja. Ada juga yang menyorok di bawah meja.
"Apa yang dapat diperhatikan dari tingkap pejabat yang terletak di tingkat 19, bangunan-bangunan tinggi yang berada di tengah-tengah pusat perniagaan Tokyo semuanya bergegar kuat dan ia berlangsung selama beberapa minit.
"Ada yang cuba untuk keluar dari bangunan menggunakan tangga kecemasan, ada juga yang mencapai topi keledar keselamatan dan menangis kerana terlalu terkejut.
"Lebih membimbangkan, cubaan untuk menghubungi keluarga gagal. Mujur juga e-mel masih boleh dikemas kini.
"Untuk mendapat perkembangan terkini, kami hanya bergantung kepada laman portal akhbar Jepun yang memberikan perkembangan terkini mengenai kejadian gempa dan tsunami," cerita Hayashi di dalam blog Japan Real Time-WSJ.
Gempa dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur laut Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer (km) itu turut menghasilkan gelombang tsunami pada kelajuan 1,000 kilometer sejam. Sendai terletak 400 km dari Tokyo.
Puluhan bandar dan kawasan penempatan di sepanjang 2,100 km di pantai timur Sendai turut merasai gegaran gempa yang paling kuat sejak 140 tahun lalu itu.
KEMUDAHAN gas asli di Miyagi terbakar selepas gempa bumi.


Lebih menyedihkan, ombak panjang setinggi 10 meter yang mengganas itu bukan sahaja menggoncang plat bumi Jepun, malah turut menjadi pencetus kepada beberapa siri tanah runtuh dan kebakaran besar yang menyebabkan bekalan elektrik serta telekomunikasi terputus.
Air hitam
Di beberapa kawasan lain seperti di Isago, Yokohama, asap hitam menyelubungi sebahagian besar kawasan perindustrian tersebut sementara di bandar lain di utara Jepun seperti di Kamaichi dan Kensennuma, kapal-kapal, trak, kereta dan kenderaan ringan dihanyutkan air hitam yang dipenuhi sampah sarap.
Sebuah pelabuhan di bandar Iwaki dijilat api, begitu juga di bandar Yamada.
Selain puluhan ribu penduduk terutama di bahagian utara Jepun terpaksa berdepan dengan kemusnahan tempat tinggal, ribuan pekerja di loji nuklear di Dai-ichi, Fukushima pula terpaksa berdepan dengan risiko gas radioaktif dari kawasan kilang yang rosak teruk akibat bencana yang sangat dahsyat itu.
Lewat petang semalam, stesen televisyen Jepun melaporkan empat pekerja loji nuklear cedera parah dalam kejadian letupan di salah satu bangunan reaktor yang rosak teruk.
Sejarah

DETIK-DETIK ombak gergasi melanda pesisiran Iwanumi, Miyagi.


Sehingga semalam, pihak berkuasa Jepun telah mengeluarkan statistik rasmi di mana 413 mayat telah ditemui, 784 masih hilang manakala 1,128 mangsa dilaporkan cedera.
Angka tersebut dijangka bertambah memandangkan gempa skala besar itu masih baru dan misi menyelamat baru sahaja dimulakan.
Kedudukan Jepun yang terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik meletakkan ia sebagai negara yang paling aktif menerima gempa bumi.
Lantaran itu, tidak mustahil jika Jepun diiktiraf sebagai negara yang mempunyai teknologi mengurangkan impak bencana alam dan kecekapan dalam sistem pengurusan bencana terbaik di dunia.
"Agensi Meteorologi Jepun mampu menyebarkan maklumat mengenai bencana tsunami dalam masa tiga minit," kata Dekan Fakulti Pengurusan Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Kiyoshi Kobayashi.
Orang Jepun memperkenalkan istilah tsunami, bermaksud ombak gergasi, kepada dunia. Sememangnya fenomena laut naik ke darat itu menjadi sebahagian daripada sejarah Jepun.
Tsunami yang dijana oleh gempa bumi, berlaku beratus-ratus kali setahun di Negara Matahari Terbit itu.
Gempa pesisiran pantai pada tahun 1707 dikatakan menyebabkan Pulau Shikoku ditenggelami ombak tsunami dan membunuh beribu-ribu penduduk.
Sebelum itu pada abad ke-15, ombak gergasi telah memusnahkan sebuah dewan yang menempatkan Daibutsu iaitu sebuah patung Buddha gangsa yang besar di Kamakura, sebuah pekan di selatan Tokyo.
Jepun terletak di atas beberapa plat tektonik menyebabkan ia mengalami kira-kira 1,000 gegaran setahun.
Pada tahun 1923, satu gempa bumi besar melanda Tokyo. Dikenali sebagai gempa bumi Great Kanto, gempa sekuat 7.9 pada skala Ritcher itu mengakibatkan kebakaran rumah-rumah kayu dan membunuh 100,000 orang.
72 tahun kemudian, satu lagi gempa berukuran 7.9 melanda bandar pelabuhan Kobe di barat Jepun. Banyak lebuh raya bertingkat berguguran dan beribu-ribu bangunan hancur.
Kereta api laju

JEPUN mempunyai sejarah panjang kemusnahan akibat gempa bumi dan tsunami.


Dikatakan satu daripada lima buah bangunan di Kobe musnah sama sekali. Seramai 6,400 orang terbunuh dan lebih 400,000 cedera. Api marak di seluruh bandar itu.
Kerajaan Jepun telah memberi perhatian serius kepada bencana tsunami dan gempa bumi.
Apabila berlaku gempa, data yang mengandungi magnitud dan lokasi serta-merta disiarkan oleh stesen televisyen kebangsaan NHK.
Mesej itu turut memuatkan sama ada amaran tsunami telah dikeluarkan.
Di kebanyakan pekan dan bandar, sistem pembesar suara boleh menyalurkan maklumat kecemasan kepada penduduk.
Di kawasan luar bandar, penduduk juga memiliki radio yang diagihkan oleh kerajaan tempatan di mana arahan berpindah boleh didengar.
Kanak-kanak dilatih menyorok di bawah meja semasa gempa. Semua orang dewasa diberitahu di mana pusat penempatan sementara terdekat dengan kediaman mereka sama ada di padang atau taman.
Pemeriksaan infrastruktur tidak dilupakan. Bangunan-bangunan pencakar langit di bandar-bandar utama direka supaya boleh bergoyang mengikut gegaran gempa, menjadikannya lebih selamat.
Sesetengah kawasan pantai mempunyai tempat perlindungan tsunami, sementara yang lain membina pintu banjir untuk bertahan daripada ombak itu.
Jika berlaku gempa bumi pada magnitud tertentu pula, kereta api laju dan loji nuklear akan terhenti secara automatik.
sumber :


READ MORE - Cara Jepun lawan tsunami

Keajaiban Bersedekah

Sebagai seorang Islam, kita dituntut bersedekah. Banyak sangat bukti menunjukkan bersedekah itu sangat banyak fadhilatnya. Persoalannya, bagaimana kita nak turuti tuntutan ini sekiranya kita sendiri tidak mampu bersedekah malah kita pula yang layak menerima sedekah.

Oleh yang demikian, Islam menyuruh kita menjadi kaya. Dengan kekayaan kita dapat menunaikan tuntutan bersedekah.

Meskipun kita tahu tahap2 bersedekah itu seperti bersedekahlah dengan harta-benda, jika tidak mampu, bersedekahlah dengan wang ringgit, jika tidak mampu bersedekahlah dengan tenaga, jika tidak mampu juga bersedekahlah dengan doa... itulah selemah2 sedekah.

Takkanlah asyik bersedekah doa jer memanjang, betul kan?
Kita memandang harta sebagai salah satu alat yang disediakan Allah untuk beramal sholeh. Kita akan berusaha untuk mencari harta yang halal, lalu dengannya kita akan melaksanakan kewajiban-kewajiban kita. Setelah itu kita akan menafkahkan harta tersebut di jalan Allah. Jika kita selalu menafkahkan harta di jalan Allah, kita akan mendapatkan banyak keutamaan. Hal di tegaskan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya: “Orang yang dermawan (al-sakhi) itu dekat dengan Allah, dekat dengan surga, dekat dengan manusia, dan jauh dari neraka…” (HR Al-Tirmidzi dari Abu Hurairah).

Tidak hanya itu, kebiasaan kita menafkahkan harta di jalan Allah akan mengantarkan kita mencapai kebahagiaan abadi di akhirat. Syurga, InsyaAllah. Kita yakin akan hal ini, karena Rasullah saw bersabda: salah satu pintu surga adalah bagi orang yang gemar bersedekah (dirawatkan Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).

Karena adanya perlakuan khusus bagi para ahli sedekah (dermawan), kita akan berusaha mendidik diri untuk selalu bederma. Kita bahkan boleh hasad.

Rasulullah saw bersabda “Diperbolehkah hasad pada dua hal: Seseorang yang diberikan harta yang selalu diinfakkannya. Dan seseorang yang diberikan ilmu, dia mempergunakan ilmu tersebut dan mengajarkannya kepada orang lain.”(HR. Bukhari dan Muslim).

Jika kita sudah kaya, maka kita boleh hasad pada para sahabat, tabi’in, tabi’ut tabi’in sampai generasi sekarang yang kekayaannya melimpah, yang dengan itu mereka menorehkan tinta emas dalam sejarah penderma.

Jika kita belum kaya, maka kita tetap boleh hasad. Karena sabda diatas bukan hasad pada orang kaya tapi jarang berderma. Rasulullah membolehkan hasad pada: “Seseorang yang diberikan harta yang selalu diinfakkannya”. Jadi hasad kita adalah bagi orang yang dermawan. Yang selalu berinfak dengan hartanya. Banyak atau sedikit.

Tak boleh berhenti pada hasad, kita memang harus menginfakkan harta kita di jalan Allah. Kita harus sering bederma. Cukuplah firman-firman Allah ini menjadi pengingat dan pelecut semangat.

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.(QS Al Kahfi: 46)
“Wahai orang-orang yang beriman, infakkanlah apa yang telah Kami rezekikan kepada kalian sebelum datang suatu hari yang pada saat itu tidak ada jual beli, tidak ada hubungan kasih sayang dan tidak ada pula syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang dzalim.” (AS Al-Baqarah: 254)

“Maka bertakwalah kalian kepada Allah sekuat kemampuan kalian, dengar dan taatlah kalian kepada-Nya, serta infakkanlah harta yang baik bagi diri kalian, dan barangsiapa dilindungi dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS At-Taghabun: 16)

“Dan apa pun yang kalian infakkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rizki.” (QS Saba`: 39)

“..Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan). (QS Al Baqarah 272).
READ MORE - Keajaiban Bersedekah