Pages

Translate

Sunday, March 13, 2011

Tsunami utara Jepun

PENUMPANG perkhidmatan keretapi Yurikamome berjalan menyusuri landasan keretapi ke Stesen Shiodome, berhampiran Tokyo, sejurus selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda Jepun, hari ini. - Foto A
BANJIR disebabkan tsunami melanda Iwaki, Wilayah Fukushima, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini - Foto AP
PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kenderaan yang dihanyutkan banjir tsunami di Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud, hari ini. - Foto AP
PENGUNJUNG kedai buku berlindung di sebalik siling yang runtuh akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Sendai, Jepun, hari ini. - Foto Reuters

BANGUNAN yang terbakar akibat gempa bumi yang melanda daerah Odaiba, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto Reuters
BANGUNAN yang terbakar akibat gempa bumi yang melanda daerah Odaiba, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto Reuters
PEGAWAI polis berlari mengawal keadaan orang ramai yang berkumpul ke luar bangunan pusat kewangan Tokyo akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun, hari ini.
PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kapal yang musnah akibat dihanyutkan tsunami di pelabuhan Bandar Hanchinohe, Wilayah Aomori, Jepun hari ini. - Foto AFP
PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kapal yang musnah akibat dihanyutkan tsunami di pelabuhan Bandar Hanchinohe, Wilayah Aomori, Jepun hari ini. - Foto AFP
SISA tanah runtuh menyekat laluan jalanraya di Bandar Iwaki akibat tsunami disebabkan gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun hari ini. - Foto Reuters
TEMBOK runtuh menghempap kenderaan di tempat letak kereta di Bandar Mito, Wilayah Ibaraki, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto AFP
TANGKI menyimpan gas asli terbakar di Wilayah Chiba, Tokyo, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini. - Foto Reuters
RUMAH yang dihanyutkan tsunami berhampiran Lapangan Terbang Sendai akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun, hari ini. - Foto Reuters
PENUMPANG keretapi menunggu di luar Stesen Keretapi Shinagawa, Tokyo selepas dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda negara itu, hari ini. - Foto AP
PETUGAS Stesen Keretapi Shinagawa, Tokyo membersihkan lantai yang kotor akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun hari ini. - Foto AP
PANDANGAN udara memperlihatkan keadaan tsunami yang melanda Lapangan Terbang Sendai, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini - Foto Reuters
ORANG ramai melihat gelombang bencana tsunami yang melanda Pelabuhan Kesennuma di Miyagi Prefecture, Jepun, hari ini. - Foto
PANDANGAN udara kemusnahan disebabkan tsunami akibat gempa bumi yang melanda Hitachinaka, Ibaraki Prefecture, Jepun, hari ini. - Foto AFP

PETA tenaga oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan anggaran kekuatan tsunami di Kepulauan Pasifik berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda timur laut Jepun semalam. - Foto REUTERS
ANTARA mangsa yang terselamat dalam kejadian gempa bumi yang mengakibatkan gelombang tsunami di utara Jepun semalam melihat kerosakan yang berlaku pada rumah mereka dan sekitarnya. - Foto REUTERS
MANGSA yang terselamat dalam kejadian gempa bumi yang mengakibatkan tsunami dibawa anggota penyelamat menggunakan helikopter keluar dari kediaman mereka di utara Jepun hari ini. - Foto REUTERS
WANITA ini menangis kegembiraan selepas mengetahui ibunya terselamat dalam kejadian gempa bumi yang mengakibatkan tsunami di utara Jepun, semalam. - Foto REUTERS
DUA buah bot nelayan tersadai di jeti berdekatan pelabuhan Hachinohe, Aomori, hari ini selepas dibawa gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda utara Jepun semalam. - Foto AP
MUATAN kontena bertaburan dan rosak teruk selepas dihempas gelombang tsunami terburuk dalam sejarah Jepun berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter melanda Sendai, semalam. - Foto AP
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan stadium besbol di Soma, Fukushima yang rosak teruk dan berlumpur selepas dihempas gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda utara Jepun, semalam. - Foto AP
MANGSA gempa bumi di Kesennuma, Jepun yang berada di bahagian atas sebuah bangunan menghantar isyarat kecemasan SOS bagi meminta tolong. - REUTERS
INILAH loji reaktor nuklear Fukushima Daiichi No 1 yang berlaku letupan pada sebahagian atas bangunan berikutan gempa bumi kuat, Jumaat lalu. Gambar terbaru ini dikeluarkan Tokyo Electric Power Company (TEPCO) di loji nuklearnya di Fukushima, di utara Jepun, hari ini. Kebimbangan memuncak kemungkinan berlakunya kebocoran radiasi sehingga lebih 10,000 penduduk sekitar loji sudah dipindahkan setakat ini. - Foto Reuters/TEPCO
KESAN kemusnahan sehari selepas gempa dan tsunami di Sendai, Jepun. - Foto Reuters
GAMBAR dari udara oleh helikopter Jabatan Pertahanan Awam Jepun hari ini menunjukkan hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi bertukar menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila musnah dibawa tsunami selepas gempa kuat 8.9 magnitud melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto REUTERS/Kyodo


sumber :


No comments:

Post a Comment