Pages

Translate

Sunday, December 8, 2013

Tuesday, October 22, 2013

air radiator pandai kurang...????

Untuk jawapan kepada air tangki cepat kurang: 

Ada beberapa sebab yg boleh menyebabkanya. 

1. Berkemungkinan THERMOSTAT sudah rosak. Perlu di ganti,harga xmahal dalam Rm50-60 

2. Saluran2 air dlm tangki tersumbat. Tangki boleh di servis dan kosnya dalam Rm70-80 bergantung kepada saiz tangki air tersebut. 

3: Kemungkinan Pam air tidak berfungsi dgn baik atau ada kebocoran pada waterseal dalam pam tersebut. Perlu di ganti dan kos dalam Rm80-200 bergantung pada model kereta. 

4: Kemungkinan HEAD GASKET sudah rosak dan perlu di ganti dan proses TOP OVERHAUL perlu dilakukan. Kosnya termasuk upah. Rm 300-550 mengikut jenis kenderaan. Cuba buat ujian sendiri. Dalam keadaan injin sejuk masa pagi,penuhkan tangki air dan jgn tutup penutup tangki,hidupkan injin dan lihat dalam tangki semasa injin running dlm suhu normal,jika terdapat bebola air di dlm tangki yg di lihat dari tempat menuang air yg tidak di tutup itu. bermakna HEAD GASKET sudah rosak dan perlu di TOP OVERHAUL. 

Sekian serba ringkas dari saya
READ MORE - air radiator pandai kurang...????

Wednesday, August 8, 2012

Masjid As-Said Kg Melagui Kelatuan

Moreh bersama jemaah di masjid baru Masjid As-Said Kg Melagui Kelatuan, Kimanis hari pertama masjid digunakan malam ini. Alhamdulillah.

READ MORE - Masjid As-Said Kg Melagui Kelatuan

Monday, January 23, 2012

Teman lelaki gila seks

SAYA berumur awal 20-an dan mempunyai teman lelaki. Masalahnya saya amat tertekan dengan sikap teman lelaki yang gemar mengajak melakukan hubungan seks. Kami pernah terlanjur dan kini saya insaf kesilapan dan berazam tidak mahu mengulangi lagi.
Namun, teman lelaki semakin galak mengajak melakukan hubungan seks hingga saya berasa rimas. Malah, saya sering berdoa semoga Allah memberikan petunjuk kepada teman lelaki untuk berubah namun sia-sia. 
Saya buntu dengan sikap teman lelaki yang sering melemparkan janji kosongnya untuk berubah dan saya selalu terfikir untuk meninggalkannya.

Bagaimanapun, saya takut kerana tiada siapa mahukan diri saya kerana kesilapan pernah dilakukan dulu.

Saya sangat tertekan. Apakah memang patut saya meninggalkan teman lelaki?

GADIS MANIS,
Melaka.




CINTA tulus ikhlas tidak menuntut kepada pengorbanan bersifat seksual tanpa ikatan sah suami isteri. Mencintai bukan untuk dikhianati tapi adalah untuk saling memiliki. Cinta sejati adalah kejujuran.

Jika teman lelaki amat menyayangi adik, mengapa pula dia sering mengkhianati dan tidak menghormati adik sebagai seorang wanita.

Sikap teman lelaki yang gemar mengajak adik melakukan hubungan seks tidak membuktikan dia seorang lelaki tulen dalam perhubungan cinta.

Janji-janji kosongnya untuk berubah dan mengahwini adik menambahkan lagi sikap kepalsuan terhadap ketulusan cinta.

Teman lelaki adik lebih berpaksikan nafsu dari cinta sejati. Dalam percintaan, adik perlu tahu untuk membezakan antara nafsu dengan cinta kerana tanpa�disedari adik tertipu oleh hal itu.

Dr memahami ketakutan yang adik alami. Perasaan takut tiada lelaki yang akan sudi berkahwin dengan adik jika meninggalkan teman lelaki adalah senjata paling kuat yang digunakan teman lelaki untuk terus mengajak adik melakukan hubungan seks.

Ia adalah seperti satu permainan bukan lagi satu percintaan.

Selagi mana permainan ini tidak dihentikan, selagi itulah adik menjadi mangsa. Kerugian dan kehilangan maruah diri akan terus menyelinap dalam tubuh sanubari adik.

Berterus terang kepada teman lelaki mengenai perasaan dan keinginan adik.

Jelaskan adik inginkan satu perhubungan yang jujur dan cinta kalian berdua diikat dengan sah. Adik ingin mengakhiri perbuatan berdosa. Jika permintaan ikhlas adik ini masih lagi dipandang sepi, jelas sekali teman lelaki tidak sehaluan arah cintanya dengan adik.

Sama ada patut meninggalkan teman lelaki ataupun meneruskan hubungan bergantung kepada kesediaan adik menerima segala akibat yang wujud dari apa saja keputusan yang diambil.

Mengenai sama ada adik akan menemui lelaki yang sanggup menerima adik jika sudah meninggalkan teman lelaki, ia adalah soal jodoh. Manusia juga tidak boleh memastikan apa pun untuk masa depannya kerana hari esok adalah misteri.

Jika adik ingin menemui lelaki yang sudi mengambil adik sebagai suri hidupnya, adik perlu mempunyai prinsip seks bukan penentu dalam pemilihan jodoh.

Tidak mengulangi kesilapan dan dosa yang dilakukan bersama teman lelaki adalah permulaan kepada kehadiran jodoh adik. Jadikan segala kesilapan lalu sebagai pengajaran. Setiap perkara ada gantinya.

Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya Dr doakan adik dapat membuat satu keputusan yang menjadikan adik sebagai wanita yang bermaruah dan beriman.
Bukan sebagai alat pemuas seks. Apabila maruah diri dapat dimiliki, adik akan lebih yakin bahawa soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.
READ MORE - Teman lelaki gila seks

Anak tak sanggup lihat ibu bergelumang dosa

IBU saya seorang janda yang kini sedang asyik bercinta. Namun, memandangkan saya adalah bekas pelajar sekolah agama, saya juga tahu mengenai hukum dosa dan pahala.
Timbul juga perasaan bersalah memandangkan saya tidak mampu berbuat apa-apa. Ibu terlalu asyik menelefon lelaki itu yang juga suami orang malah asyik keluar berdua. 
Apa yang perlu saya lakukan untuk memberitahu ibu saya tidak suka perbuatannya itu.

Pada masa sama, saya juga tidak mahu ibu menganggap saya sebagai anak derhaka.

ANAK SERBA SALAH,
Melaka



KEHIDUPAN bersendirian sebagai seorang janda, membuatkan ibu adik berpotensi lebih tinggi untuk berasa sunyi. Kesunyian mendorong ibu untuk menjalin hubungan dengan suami orang.

Perasaan sunyi, bagaimanapun, bukanlah satu alasan untuk ibu mempunyai hubungan sulit. Apatah lagi dengan suami orang.

Dr sangat memahami kerisauan adik. Sebagai seorang anak, adik tidak mahu ibu terbabit dengan perkara yang tidak baik. Mempunyai hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang tidak sah, tentu mengundang pelbagai reaksi negatif dari ramai pihak.

Sebagai seorang anak yang tahu perkara mana benar mana salah, tentu sekali adik tidak mahu ibu menjadi tohmahan negatif dan umpatan orang. Adik juga tidak mahu ibu bergelumang dengan dosa kerana �sayangkan ibu. Dr sangat menghargai dan mengucapkan terima kasih atas sifat positif adik ini.

Adalah amat sukar bagi seorang anak untuk menegur tingkah laku ibu. Kesukaran adik menegur ibu dapat Dr rasai. Dalam menangani isu ini, adik boleh menggunakan khidmat pihak ketiga untuk menasihati ibu. Contohnya, menggunakan pihak yang sangat dihormati ibu.

Adik juga boleh berbincang secara berhikmah dengan ibu. Jika adik tidak berani berjumpa secara bersemuka dengan ibu, adik boleh menggunakan kaedah lain. Menulis surat adalah satu kaedah yang boleh digunakan.

Ini boleh menghilangkan perasaan bersalah kerana adik sudah berusaha untuk menegur ibu. Sama ada ibu akan berubah selepas mendengar keluhan perasaan adik, terpulang kepada diri ibu.

Di pihak adik, tanggungjawab sebagai seorang anak dan Muslim sudah dilaksanakan. Sebagai ibu, kasih sayang terhadap anak boleh �mengubah tingkah laku negatif kepada positif, dari melakukan dosa kepada berhenti melakukannya.

Memohon doa agar ibu mendapat petunjuk untuk tidak meneruskan perbuatan yang adik tidak suka itu juga satu usaha yang boleh adik lakukan. Dr ucapkan semoga adik berjaya dalam usaha adik.
READ MORE - Anak tak sanggup lihat ibu bergelumang dosa

Siswa kerap dilanda murung

SAYA remaja perempuan berusia 20 tahun dan menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPT) di Pulau Pinang. Sepatutnya saya bersyukur terpilih memasuki universiti ini kerana proses pemilihan pelajar sangatlah susah.
Walaupun keputusan matrikulasi saya tidak begitu bagus, tapi saya layak. Bagaimanapun, selepas menjadi pelajar di universiti ini, saya kerap mengalami kemurungan dan tekanan selain sering mengalami sakit perut yang berlarutan selama dua minggu. 
Apabila ke klinik, doktor pun tidak tahu mengapa saya begitu. Perkara ini berlaku sejak saya menuntut di matrikulasi lagi. Sudah tiga semester di universiti, masalah yang sama tetap berlaku iaitu sakit perut yang tidak diketahui puncanya.

Saya mengesyaki sakit perut ini adalah tanda-tanda tekanan. Kadangkala, sakit perut ini berserta dengan ulcer di bibir. Bila masalah ini terjadi, saya berasa teramat tertekan apatah lagi dengan tugasan, projek dan pembentangan yang berlambak-lambak.�

Saya juga tidak dikategorikan sebagai pelajar yang aktif tetapi ada memegang jawatan sebagai wakil kelas bagi kursus saya. Kadangkala, saya rasa tanggungjawab itu sangat berat, tapi saya nekad meneruskan kerana jawatan itu akan memberikan saya pengalaman sebagai seorang ketua dan mengajar untuk berkomunikasi dengan lebih baik.

Saya juga seorang yang pendiam, jadi masalah yang dialami saya simpan sendiri. Kawan-kawan pernah berkata, saya sering mengambil serius setiap perkara dan seorang yang kurang sikap kelakar. Contohnya, saya sering risau kawan-kawan yang lain sekiranya mereka tidak tahu mengenai sesuatu maklumat terkini, seperti kelas dibatalkan.

Walaupun perkara ini nampak remeh, tapi saya mengambilnya sebagai sesuatu yang besar. Jadi tidak mustahil saya memang cepat tertekan.�

Kadangkala, saya tertekan apabila ada rakan sekuliah mengalami krisis. Saya tahu tidak perlu ambil tahu tapi sukar mengatasinya malah akan bertambah tertekan sekiranya rakan lain mendapat markah lebih tinggi. Saya juga sangat risau mengenai keputusan yang akan diperoleh setiap kali peperiksaan menjelma.

Mungkin saya sudah terbiasa dengan keadaan di sekolah yang mengajar supaya lebih banyak A adalah bagus. Sewaktu di sekolah memang mudah, tapi alam matrikulasi dengan universiti berlainan.

Sampai ketikanya saya bertanya pada diri sendiri adakah saya mampu membawa subjek ini kerana saya akan menjadi seorang teknologis apabila saya tamat pengajian kelak.�

Saya juga ada membaca artikel mengenai cara-cara bagaimana mengurangkan tekanan tapi tidak berhasil. Saya sendiri tidak tahu untuk mengatasi masalah ini.� Adakah Dr sendiri mempunyai cadangan lain bagi membantu saya.

GADIS TENSION,
Pulau Pinang



TENTU sekali Dr gembira atas kejayaan adik menjadi warga universiti tersohor, justeru peluang menjadi siswa universiti yang menjadi idaman ini tidak wajar dipersiakan. Apabila terpilih, tentunya adik mempunyai keistimewaan tersendiri yang boleh dimanfaatkan setinggi mungkin.

Melihat masalah adik, beberapa isu perlu dilihat, antaranya, isu kesihatan dan peranan serta tanggungjawab sebagai pelajar. Isu seterusnya ialah gaya atau corak kepemimpinan dan keupayaan mengikuti subjek yang adik ikuti.

Masalah segera yang perlu diselesaikan ialah masalah kesihatan. Memandangkan sakit perut sudah lama berlaku, adik perlu mendapat rawatan yang cepat dan berkesan.

Jika sakit perut adik �sememangnya disahkan oleh pihak doktor perubatan �sebagai kesan tekanan, adik perlu mengenal pasti puncanya dan langkah seterusnya ialah merawat tekanan yang dialami.

Memegang tanggungjawab adalah penting dalam pembangunan sahsiah pelajar. Dr ucapkan tahniah kepada adik kerana sanggup memikul tanggungjawab yang dapat mengembangkan potensi sebagai pelajar dan insan holistik. Maksudnya, bukan saja bagus akademiknya tapi cemerlang sifat kepemimpinan, sahsiah diri dan kematangan berfikir.

Menjadi seorang pemimpin memerlukan adik lebih bersifat terbuka, bersedia menerima pandangan serta menilai kelemahan diri.

Kesediaan ini tidak bermakna adik seorang pemimpin yang lemah tapi sebaliknya. Sifat menyimpan sendiri masalah akan mewujudkan masalah kepemimpinan.

Begitu juga, dengan terlalu memikirkan atau risau mengenai sesuatu perkara tidak akan membantu adik menjadi seorang ketua kelas yang baik. Apa yang boleh adik lakukan ialah menukar corak atau gaya kepemimpinan. Dr amat yakin adik mempunyai potensi dan keupayaan ke arah itu. Jika proses menukar gaya kepemimpinan sukar dilakukan, lakukannya secara berperingkat.

Mengenai isu risaukan peperiksaan, ia adalah satu petanda yang baik. Ahli psikologi mengatakan berasa risau atau bimbang mengenai sesuatu perkara termasuk peperiksaan adalah satu petanda positif.

Ia akan mendorong individu berusaha untuk mendapat keputusan peperiksaan yang lebih baik. Bagaimanapun, terlalu berasa risau memang akan menyebabkan individu rasa tertekan.

Apa yang boleh adik lakukan ialah adik boleh berasa risau tapi pada waktu yang sama, mengambil langkah-langkah persediaan menghadapi peperiksaan. Banyak panduan berkesan adik boleh peroleh dalam buku atau laman web sebagai persediaan menghadapi peperiksaan juga bagaimana menjadi pemimpin yang baik.

Sekiranya, masalah kesihatan dan gaya kepemimpinan adik dapat diatasi, Dr lihat tiada masalah bagi adik untuk membawa subjek yang diikuti sekarang. Dr doakan satu hari nanti adik akan menjadi seorang teknologis yang cemerlang. Selamat berjaya.

READ MORE - Siswa kerap dilanda murung

Tdk suka balik Kg "SIKAP FAMILY"

SAYA pelajar universiti dan anak kedua daripada empat beradik. Saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam pelajaran kerana boleh dikatakan pelajar bijak. Saya juga aktif dalam persatuan di universiti dan berasal dari sebuah kampung di utara tanah air.
Jujur saya katakan, saya tidak suka pulang ke kampung halaman memandangkan sikap keluarga yang seperti tidak mengendahkan saya. 
Saya seolah-olah tidak wujud dalam keluarga. Paling menyedihkan, apabila tiba hari lahir, jangankan hadiah, tiada sebarang ucapan pun daripada keluarga.

Bukannya keluarga kami hidup susah, namun untuk membeli baju baru, saya terpaksa bekerja memandangkan pinjaman pendidikan hanya cukup membiayai makan minum dan tugasan saja.

Bagaimanapun, adik-beradik lain diberikan wang setiap bulan hingga saya seperti disisihkan.

Apa yang patut saya lakukan kerana apabila bersendirian, saya sering menangis mengenangkan nasib diri. Tolonglah saya.

TERKILAN,
Johor



KEWUJUDAN individu memberi makna dalam kehidupan. Semakin besar kewujudan diri disedari oleh pihak lain, semakin besar makna dalam kehidupan individu berkenaan. Pengiktirafan kewujudan yang positif akan memberi kepada penghargaan diri yang baik.

Dengan kehadiran dan kewujudan adik tidak diakui keluarga, Dr tidak hairan mengapa adik berasa sedih. Dr empati dengan kesedihan adik itu. Perasaan sedih ini membawa kepada tingkah laku adik yang tidak suka pulang ke kampung.

Jika sikap adik yang tidak gemar balik menemui ahli keluarga di kampung berlarutan, ia akan memberi kesan kepada hubungan institusi kekeluargaan. Jarak emosi antara adik dengan keluarga akan semakin membesar.

Ada beberapa kemungkinan perkara ini berlaku. Dalam budaya Timur, ahli psikologi silang budaya menjelaskan, masyarakatnya tidak gemar menunjukkan kasih sayang secara terbuka.

Contohnya, kebanyakan ibu bapa dalam masyarakat Timur tidak menzahirkan kasih sayang dalam bentuk yang nyata seperti pemberian hadiah dan kata-kata ucapan.

Ini bukan menunjukkan ibu bapa tidak menyayangi anak-anak mereka. Cuma, kasih sayang tidak ditunjukkan dengan cara seperti memberi hadiah dan melahirkan kata-kata ucapan ketika hari istimewa contohnya hari lahir, lulus peperiksaan dan menerima ijazah.

Masyarakat Barat berbeza kerana mereka berasakan sesuatu yang nampak akan lebih memberi kesan. Jika sayang pada seseorang, nyatakan. Pemberian hadiah untuk tujuan menyambut hari lahir adalah sesuatu yang biasa dilakukan.

Kemungkinan ibu bapa adik tidak mengetahui perasaan adik. Ini boleh berlaku kerana adik tidak memberitahu mereka akan apa yang adik alami. Lantas, mereka mengandaikan adik sudah mendapat segala keperluan kewangan dan kasih sayang.

Tambahan pula, sebagai seorang pelajar universiti, ada kemungkinan, ahli keluarga berasakan adik dapat menangani segala permasalahan yang ada dan tidak memerlukan bantuan. Ini termasuk bantuan kewangan. Jika ini berlaku, komunikasi jelas perlu wujud antara adik dengan keluarga.

Sememangnya ibu bapa perlu bersikap adil kepada setiap anak. Begitu juga ahli keluarga tidak boleh berat sebelah kasih sayangnya.

Untuk bersikap adil, ia tidak bermakna memberikan sesuatu kepada setiap anak dalam kuantiti yang sama.

Ia lebih kepada memberi setiap anak apa yang wajar diperolehnya.

Setiap anak adalah individu yang unik, mempunyai kualiti serta keperluan dan bakat tersendiri.

Satu cara adik menangani masalah dihadapi dengan menjelaskan apa yang adik alami kepada keluarga. Nyatakan adik ingin dihargai dan disayangi.

Jelaskan kepada keluarga bahawa ucapan selamat hari lahir dapat memberi rasa diri diterima dalam keluarga.

Cara lain ialah dengan adik sendiri mengucapkan selamat hari kelahiran atau memberi hadiah ketika hari kelahiran ahli keluarga adik.

Dengan adik menunjukkan contoh dan tingkah laku ini, ahli keluarga yang lain boleh mengikut contoh ini.

Lazimnya, apabila kita menyayangi orang lain, balasan kasih sayang akan menyusul.

Seterusnya, adik boleh bersifat memahami budaya keluarga.

Dengan adik lebih memahami tingkah laku mereka, adik juga lebih dapat menerima seadanya sikap mereka terhadap adik.

Sikap kecil hati dan sedih akan berkurangan apabila adik dapat memahami budaya serta amalan ahli keluarga.

Kasih sayang boleh wujud dalam bentuk yang lain. Ini seperti mendoakan kejayaan adik dan berasa gembira atas perkara positif yang berlaku. Dr doakan hubungan emosi adik dengan keluarga akan lebih terjalin rapat.
READ MORE - Tdk suka balik Kg "SIKAP FAMILY"

Teman lelaki tidak jujur

SAYA pelajar sebuah institusi pengajian tinggi berusia 22 tahun manakala teman lelaki 26 tahun. Kami sudah berkenalan hampir empat tahun dan sepanjang tempoh itu, kami saling mengenali keluarga masing-masing.
Kami merancang mengakhiri zaman bujang selepas saya tamat ijazah sarjana muda kelak. 
Baru-baru ini, saya dapati dia ada berhubung dengan perempuan lain. Katanya, mereka hanya kawan.

Daripada perbualan, memang nampak seperti kawan, cuma ada sekali dua mereka mesra.

Masalahnya sekarang, saya rasa sedih bukan kerana dia berkawan dengan perempuan itu tapi tidak berlaku jujur pada saya.

Saya menganggap saya kuat cemburu, jadi katanya, dia tidak menceritakan mengenai persahabatan mereka kerana bimbang saya cemburu dan cuma ingin menjaga hati saya.

Kami sudah berbincang. Dia menyesali perbuatannya dan menyatakan malu atas perbuatannya sendiri sedangkan saya tetap setia dengannya.

Kini, dia meminta masa untuk mengubati hati saya dan mendapatkan kepercayaan saya kembali.

Dia juga minta masa pada saya untuk membuktikan yang dia pasti akan capai impian untuk menikahi saya.

Bolehkah saya percaya? Apa yang patut saya lakukan sekarang? Apa sebenarnya yang diinginkan lelaki?

Ini kerana, setiap kali saya bertanya padanya, dia akan kata yang dia sudah gembira dan puas hati dengan diri saya dan menerima baik buruk pada saya seperti saya terima baik buruk dirinya.

RAGU-RAGU,
Kuala Lumpur



BENARLAH kata orang bahawa cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun. Ini kerana sehingga sekarang, adik masih tidak tahu apa sebenarnya yang adik inginkan daripada teman lelaki. Begitu juga sebaliknya.

Sudah berkali-kali teman lelaki memberi jawapan bahawa dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan perempuan lain.

Dia juga menyesali perbuatannya dan menyatakan yang dia malu atas perbuatannya sendiri sedangkan adik tetap setia padanya.

Teman lelaki juga menerima baik buruk serta gembira dengan adik.

Sebaik dan seikhlas manapun jawapan teman lelaki, adik masih lagi tidak percaya dan masih cemburu apabila dia mempunyai teman wanita biasa.

Berasa ragu dan cemburu tanpa keikhlasan bercinta boleh menggugat jalinan cinta.

Adik sendiri perlu pasti apa yang adik inginkan dalam cinta kalian berdua kerana jika masih menjadi isu, perasaan tidak kondusif ini akan berterusan apabila sudah mengikat tali perkahwinan.

Kepercayaan adalah perkara asas dalam membina sebarang hubungan. Apatah lagi hubungan cinta.

Kata cinta bahawa “permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui di dalam dirinya” boleh adik aplikasi dalam cinta adik berdua.

Dr harap adik dapat memberi ruang kepada diri untuk menilai semula sikap dan perasaan adik kepada teman lelaki.

Jika adik benar-benar pasti dialah lelaki terbaik untuk adik, pupuk dan binalah cinta itu ke arah sinar lurus yang akan membawa pengekalan abadi.

Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

Sekiranya, adik masih lagi ragu-ragu, mungkin dia bukan yang terbaik untuk adik.

Hubungan ini tidak akan bahagia berkekalan.
READ MORE - Teman lelaki tidak jujur

Elak fitnah Internet

RABU lalu, saya ditemuramah seorang pelajar tahun akhir dari University of Amsterdam, Belanda. Beliau mengikuti program pertukaran pelajar bersama sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur.
Lebih kurang sejam, perbualan lebih menjurus kepada bagaimana program Imam Muda membawa pembaharuan kepada dunia dakwah di Malaysia. Insya-Allah penulisan beliau akan dimuatkan di sebuah majalah di Belanda dalam waktu terdekat ini.

Sebenarnya, beliau menghubungi rakan saya, Ahad lalu untuk menyatakan hasrat berjumpa saya. Saya sangat menghargainya dan terus membuat temujanji dengannya.
Proses atur temujanji itu tidak sampai lima minit. Begitulah pantasnya sesuatu khabar disebar daripada seorang kepada orang lain.

Beliau mengakui mendapat maklumat mengenai program Imam Muda melalui Internet. Begitu hebat kuasa Internet hari in.

Taip saja apa yang terlintas di benak fikiran, pasti anda akan menemui maklumat dikehendaki.
Namun bukan itu yang ingin saya kongsi bersama pembaca ruangan ini. Saya pernah membicarakan perkara ini secara umum ketika awal penulisan saya dalam ruangan ini dan kali ini saya berhasrat mengupasnya dengan lebih lanjut.

Saya terpanggil untuk berkongsi mengenai bahaya fitnah yang semakin berleluasa pada akhir zaman ini.
Tidak sesekali dinafikan, kecanggihan teknologi perhubungan dewasa ini memudahkan sesuatu maklumat itu disampaikan secara cepat serta efektif dan mungkin tanpa tapisan.

Internet serta media massa boleh diibaratkan mata dan telinga masyarakat dewasa ini dalam menyampaikan sebarang berita, maklumat atau hebahan.

Memang diakui, banyak faedah diperoleh daripada kecanggihan sistem komunikasi ini tetapi banyak juga impak negatif tanpa kita sedari.

Kerana itu, masyarakat dituntut menggunakan kebijaksanaan menilai setiap berita.

Tambahan pula kebanjiran akhbar, majalah serta blog menimbulkan rasa kurang harmoni di kalangan masyarakat.

Tidak kira apa kategorinya, baik hiburan, politik atau perniagaan, setiap empunya kepada media ini tentu berlumba-lumba dan berhasrat meningkatkan ‘rating’ serta melariskan produk mereka.

Namun dalam keghairahan menyampaikan maklumat, kita seolah-olah leka kita akan dipertanggungjawabkan mengenai apa yang kita sampaikan jika ia mengundang kepada fitnah.

Akhir zaman ini, penggunaan perkataan ‘fitnah’ digubah dan diperindahkan menjadi ‘gosip’ supaya masyarakat tidak memandangnya sebagai sesuatu yang berat dan ber‘liabiliti’.

Gosip ini juga dianggap bahan hiburan dan mungkin bahan bacaan ringan pada waktu lapang.

Yang lebih malang, ramai yang gemar membaca dan mendengar seterusnya mempercayai fitnah tanpa usul periksa.

Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” Ayat ini turun berdasarkan peristiwa di mana Rasulullah mengutuskan Walid bin Uqbah untuk mengambil zakat daripada kaum Harith.

Ketika dalam perjalanan, timbul fitnah terhadap kaum Harith yang menyatakan Walid akan dibunuh oleh kaum itu.

Apabila berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah, baginda tidak mempercayainya, sebaliknya menghantar utusan lain menyiasat.

Ternyata berita itu adalah palsu, bahkan mereka menunggu Walid untuk membayar zakat.

Bayangkan jika baginda mempercayai kata-kata dusta itu, pasti Rasulullah menghantar tentera untuk memerangi kaum itu dan berlakulah pertumpahan darah.

Sesungguhnya kaum Muslimin perlu menghayati dan memahami ayat itu. Betapa bahayanya ancaman fitnah kepada masyarakat dan sesebuah negara.

Malang bagi sesetengah daripada kita yang kadangkala terlalu cepat menyebarkan apa yang belum dipastikan kebenarannya, seolah-olah menjadi ejen kepada penyampai berita itu.

Dewasa ini betapa banyak fitnah berlegar di dalam masyarakat kita. Betapa banyak bencana yang terjadi akibat berita tidak benar ini.

Betapa banyak darah yang tertumpah, keluarga yang berpecah, dua saudara yang berpisah serta hak yang dicabuli akibat fitnah ini.

Hakikatnya, tidak ada satu pun masyarakat Islam bebas daripada golongan munafik. Mereka sentiasa berhasad dengki dan tidak aman untuk melihat kaum Muslimin hidup harmoni di bawah satu payung.

Mungkin sesetengah daripada kita berasakan menyampaikan perkara yang tidak diketahui kebenarannya hanya perkara kecil. Namun, di sisi Allah SWT, ia perkara besar.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 15 bermaksud: “(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut.” Pada dasarnya, ucapan itu diterima dengan telinga, bukan lisan. Namun, Allah ungkapkan mengenai cepatnya berita itu tersebar di tengah masyarakat. Kata-kata itu seakan-akan keluar dari mulut ke mulut tanpa melalui telinga, dilanjutkan ke hati yang tidak memikirkan apa yang didengar, selanjutnya memutuskan untuk menyebarkan berita itu.

Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal ia pada sisi Allah adalah besar.” (An-Nur: 15) Oleh itu, berwaspadalah menerima sesuatu perkhabaran. Selidik sebelum menghukum sesuatu perkara dengan pertimbangan rasional.

Jangan sekali-kali menjadi sukarelawan kepada penyebaran fitnah. Semoga kita semua dilindungi Allah daripada bahaya ancaman fitnah.

READ MORE - Elak fitnah Internet

Sunday, January 22, 2012

Antara tukang paip dan doktor

APA bezanya antara seorang tukang paip dan doktor? itu adalah pertanyaan daripada seorang tokoh korporat yang bergiat dalam industri perhotelan. Katanya, kedua-dua profesion itu memeriksa pesakit. Bagi doktor, pesakitnya adalah manusia manakala bagi tukang paip adalah paip yang rosak atau tersumbat. Cara mengenal pasti penyakit bagi setiap pesakit juga adalah sama. 

Doktor mempunyai alat untuk memeriksa pesakit, manakala tukang paip juga mempunyai alatnya tersendiri untuk memeriksa paip yang ‘sakit’. Sebut saja apa yang dialami pesakit, seseorang doktor sudah boleh meramalkan jenis penyakit yang dihadapinya berpandukan kepada tanda-tanda yang ada pada pesakit. Bagaimanapun, seseorang doktor mungkin memerlukan ujian yang lebih teliti terhadap kesihatan seseorang pesakit kerana ia membabitkan manusia yang bernyawa.
Selepas mengetahui penyakit pesakit, doktor memberi ubat yang sesuatu atau rawatan yang diperlukan. Jika penyakit yang dialami pesakit itu kecil saja, penyakit hanya diberi rawatan biasa. Tetapi, jika memerlukan rawatan yang rapi, pesakit terpaksa melakukan pemeriksaan yang rapi.
Keadaan hampir sama juga berlaku ke atas seseorang tukang paip. Jika dipanggil untuk memeriksa masalah paip di sesebuah premis, seorang tukang paip sudah boleh menjangkakan apa yang sebenarnya berlaku daripada penjelasan yang diberikan. 

Malah, mereka sudah tahu cara mengatasinya dan alat yang akan digunakan. Jika kerosakan biasa, ia hanya memerlukan rawatan yang kecil, sebaliknya rawatan yang besar akan dilakukan jika ia memerlukan pengubahsuaian tertentu. 

Bagi doktor dan tukang paip, kedua-dua mereka menerima upah. Doktor menerima bayaran daripada pesakit atau keluarga mereka manakala tukang paip daripada pemilik premis. 

Bagi demam biasa, seseorang doktor swasta, mengenakan bayaran antara RM30-RM50 untuk perundingan, rawatan dan ubat bagi seseorang pesakit. Bagi seseorang tukang paip pula, mereka mungkin mengenakan bayaran antara RM100-RM200 atau lebih untuk memperbaiki paip yang bocor atau rosak, bergantung kepada tahap kerosakan paip yang dialami. 
Perkara yang sedikit berbeza, mungkin pelanggan kepada doktor lebih ramai berasaskan bilangan penduduk dan tahap kemudahan kesihatan di sesebuah negara. Namun, walaupun tukang paip mendapat tiga atau empat pelanggan sehari, dia mungkin boleh menyamai pendapatan seorang doktor. 

Tugas tukang paip, mekanik motor, tukang elektrik, mekanik memperbaiki pendingin hawa dan sebagainya adalah hampir sama dengan doktor, malah tidak mustahil boleh dikatakan lumayan. 

Di Malaysia, bilangan rumah, kenderaan, hotel, pejabat, sekolah, universiti, hospital dan sebagainya bertambah setiap masa. Setiap bangunan pasti memerlukan rawatan. Rawatan yang besar memerlukan kos yang besar, sama juga dengan kos bagi melakukan pembedahan terhadap seseorang pesakit. 

Dalam konteks pembangunan negara hari ini, Malaysia menyediakan peluang pekerjaan yang sangat luas. Tidak semua orang boleh menjadi doktor atau jawatan lain yang menjadi rebutan seperti jurutera, akauntan, peguam, pensyarah dan sebagainya. 

Hakikatnya, banyak profesion lain yang boleh diceburi dengan pendapatan yang lumayan. Langkah kerajaan mewujudkan banyak sekolah dan kolej vokasional adalah perancangan yang tepat dengan mengambil kira kemajuan pesat negara yang memerlukan tenaga bidang kerja penyeliaan. 

Jika rakyat tidak disediakan dengan latihan vokasional, tugas ini pasti akan diambil alih oleh pendatang asing yang kian ramai. Hari ini pun, pendatang asing sudah menguasai beberapa jenis kerja yang tidak diminati rakyat tempatan.

Dalam bidang pembinaan dan perladangan, umpamanya, tugas berkenaan sudah mula dikuasai oleh pendatang asing. 

Di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur, contohnya, sudah ramai pendatang asing menguasai perniagaan dari pasar runcit ke kedai runcit. 

Malah, perniagaan di kawasan itu juga sudah bertukar. Restoran yang menjual bakso lebih dilihat ramai pelanggan daripada restoran roti canai. 

Pekerja pendatang asing juga menguasai tugas di pusat beli-belah sama ada menjadi jurujual, pelayan di hotel atau mekanik di kedai menjual alat elektrik dan komputer. Di pasar basah, pembeli rakyat negara ini menawar harga ikan dan sayur daripada penjual pendatang asing. 

Begitulah keadaannya jika penduduk tempatan tidak mengambil kesempatan, tempat mereka akan diambil alih oleh pendatang asing. 
READ MORE - Antara tukang paip dan doktor

Wednesday, April 13, 2011

KeaJaiban Ramah

Ramah adalah sikap pemikiran dan tingkah-laku seseorang yang berusaha untuk menyenangkan orang lain. Ramah adalah termasuk dari salah satu sifat mahmudah atau akhlak karimah. Sifat dan sikap ramah ini adalah menjadi sikap para Nabi dan para Rasul, orang-orang yang soleh dan orang-orang yang mulia.

Kesan yang didapati dari sikap ramah adalah sesiapapun yang bergaul dan bersahabat dengannya, tentu mereka akan merasakan nikmat, keindahan, ketenangan bahkan jika ditinggalkan dia akan menimbulkan kerinduan yang amat mendalam.

Sikap ramah ini pernah ditunjukkan oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wassalam dapat mengubah masyarakatnya dari masyarakat yang biadab menjadi masyarakat yang beradab, dari masyarakat yang sesat berubah menjadi masyarakat yang beriman, dan dari masyarakat yang hina berubah menjadi masyarakat yang mulia.

Dengan demikian jelas sekali keramahan selain merupakan ibadah ia juga mengandungi berbagai keajaiban di antaranya :

1. Ia Akan Melahirkan Keindahan

Diantara keajaiban ramah ialah ia akan melahirkan keindahan, sebab secantik apa pun, setampan apapun, setinggi apapun kedudukannya, jika yang diamalkan adalah sikap yang mudah marah, sombong, suka maki hamun, maka semua itu akan menghilangkan kecantikan wajahnya, ia akan menghapuskan keindahan fizikalnya dan ia akan dapat menurunkan kedudukannya dan tentunya mereka ini akan dijauhi oleh masyarakat.

Sebaliknya juga kita sering menjumpai orang yang tidaklah secantik wajahnya, tidaklah tinggi kedudukannya, namun mereka ini bersikap ramah, bersahaja, murah senyum, bersikap sopan maka dengan sendirinya ia akan memperindahkan wajahnya dan meninggikan darjatnya dan sikap itulah yang akan menimbulkan daya tarik bagi orang lain.

Banyak sekali orang-orang yang hina kemudiannya berubah menjadi mulia adalah kerana sikapnya yang ramah dengan orang lain. Seorang ahli psikologi mengatakan jika anda memperindahkan orang lain dengan sikap ramah dan memuliakan, maka dengan sendirinya alam akan ikut memperindah wajah anda.

Orang bersikap ramah hakikatnya tumbuh dari kalbu yang amat dalam, tanpa ada tekanan, tanpa dibuat-buat, tetapi itu merupakan tekad dalam jiwanya dan pilihan hidupnya, bahawa dia mesti bersikap ramah pada orang lain.

2. Ia Akan Menimbulkan Kesenangan

Diantara keajaiban ramah ialah ia akan menumbuhkan kesenangan, sebab menurut Gimnistiar bahawa kesusahan itu hakikatnya bukan dari masalah yang dihadapi, tetapi ia timbul dari sikap kita dalam menerima masalah tersebut

Orang yang cepat marah, tidak bersikap tenang (emosional) pada hakikatnya mereka bukan boleh menyelesaikan masalah dengan baik, melainkan sedang mempersulitkan diri sendiri. Keadaan ini seringkali menimbulkan sesuatu masalah yang remeh-temeh jesteru berubah menjadi beban yang amat berat dan merugikan, tentu semua ini terjadi kerana sikap yang kurang jernih dalam berfikir, batinnya terasa lelah, tegang, jauh dari ketenangan dan kebahagiaan, keadaan seperti ini jelas akan berpengaruh terhadap setiap pemikiran dan tingkah-laku, sebab ia akan menampilkan perilaku yang jauh dari hati yang jernih.

Oleh itu cubalah hidup ini kita hadapi dengan penuh semangat, dengan penuh keramahan, tampakkan wajah yang cerah dan ceria, senyumlah terhadap semua persoalan itu dengan wajar dan tulus, temuilah setiap orang dengan sopan dan santun, dan sapalah dengan ramah dan penuh penghormatan, nescaya akan melahirkan keajaiban yang luar biasa.

Apa yang menjadi beban berat akan berubah menjadi ringan, perkara yang menjadi sesak dada kita akan berubah menjadi lapang, dan yang lebih dahsyat lagi ialah semangat untuk menghadapi persoalan mengalami peningkatan yang berlipat ganda dan apatah lagiorang lain akan membalas dengan keramahan kita, tentu semua itu akan menjadi dayakekuatan rohani kita dalam menghadapi berbagai masalah yang pelik.

Memang sikap ramah itu amat menyenangkan , tidak hanya bagi orang lain yang melihatnya, tetapi terutama bagi diri kia, bukankah hidup kita ini kita inginkan penuh dengan keceriaan , kesenangan dan kebahagiaan?

Semua ini akan kita akan dapatkan dari keramahan, sebab keramahan akan melahirkan ketenangan batin, teratur dalam berfikir dan bertindak, maka dengan demikian ia akan mengubah yang sulit menjadi mudah, yang jelek menjadi baik, yang susah akan menjadi gembira, yag cemas menjadi yakin dan itulah kesenangan sebab ia akan mencapai kejayaan. Dengan demikian jelas sekali bahawa keramahan akan melahirkan kesenangan pada diri kita sendiri dan juga kepada orang lain.

3. Akan menimbulkan Kesihatan Jasmani dan Rohani

Ada sebuah penyelidikan tentang kalori yang digunakan untuk sebuah kemarahan, hasil penyelidikan itu menyimpulkan bahawa, ketika seseorang itu sedang marah, maka ia akan dapat menyedut semua tenaga dari luar dan dalam , ditambah lagi kemampuan bekerja akan terganggu dalam keadaan tidak normal, akibatnya dapat dilihat , bahawa orang yang suka marah dan maki hamun mempunyai efek yang jelas iaitu mudah terkena penyakit.

Dengan demikian jelas sekali bersikap tidak ramah, seperti cepat marah, senang maki hamun adalah mudahnya terkena penyakit dan ia akan menimbulkan penderitaan, dan ketika manusia itu sedang sakit, maka semua harta, kedudukan, kemuliaan tiada berguna kerana tidak memberikan kenikmatan dan keselesaan. Yang membuat kita nikmat adalah sihat. Nabi Sallallahualaihi wassalam pernah bersabda ada dua kenikmatan besar yang sering dilupakan, iaitu kelapangan dan kesihatan.

Nabi Muhammad S.A.W dijadikan contoh sebagai seorang menusia yang paling ramah, sikap ramah itu ternyata merupakan aset yang amat besar, sebab dengan keramahannya itu sepanjang hidupnya, Nabi S.A.W hanya sakit dua kali, meskipun tugas dan masalah yang amat berat beliau hadapi, di dlm keluarga beliau menghadapi isterinya seramai 9 orang, kemudian diluar rumah beliau mesti menghadapi berbagai permasalahan yang amat berat dengan infrastruktur yang amat terbatas. Nabi S.A.W menjadi pemimpin dalam keadaan yatim, sementara yang dihadapi adalah kaum kafir Quraisy yang kuat segala-galanya.

Kunci utama kejayaan Nabi S.A.W dan kesihatan Nabi S.A.W adalah disamping kerana keyakinannya yang kukuh serta kuatnya pasrah kepada Allah, juga faktor yang utama adalah kejernihan hati, sikap nabi S.A.W yang ramah, yang selalu berusaha menyenangkan dan membahagiakan orang lain.

Nabi S.A.W menaburkan kasih sayang, menghidupkan sikap tolak ansur, membiasakan tolong-menolong dan hormat-menghormati. Itu semua menjadi kekuatan Nabi S.A.W dalam menghadapi berbagai masalah yang dihadapinya. Dengan demikian wajar jika Nabi S.A.W dalam keadaan sihat sepanjang masa.

Sikap ramah tidak hanya menimbulkan kesihatan jasmaniyah juga ia akan melahirkan kesihatan rohaniyah. Orang yang ramah, ia akan melenyapkan sifat-sifat yang tidak terpuji. Keramahan akan melenyapkan sikap dendam, hasad dengki, dan sikap ramah juga dapat menghilangkan sikap kikir.

Pakar psikologi mengatakan di antara sikap yang dapat merosakkan fizik dan mental manusia adalah sikap sombong , hasad, pemarah, maki hamun. Sikap itu semua akan dapat kita jauhi tidak lain hanya dengan sikap ramah.

4. Akan Murah Rezeki

Ada sebuah kisah, seorang pedagang ditengah-tengah pasar yang ramai dan besar. Didalamnya itu terdapat sebuah kedai yang kecil, kedai tersebut menjual alat kelengkapan sekolah yang ala kadarnya, dan tempat kedai itu juga agak jauh masuk kedalam. Tetapi sungguh aneh dan ajaib, dikedai tersebut tidak pernah sepi daripada pembeli, setiap hari didatangi orang ramai, tentu kedai tersebut tidak pernah sepi daripada pembeli, setiap hari didatangi orang ramai, tentu kedai tersebut jualannya laku, hasil yang didapati melebihi daripada kedai2 yang besar dan lebih lengkap dan tentu juga rezekinya semakin bertambah. Lalu apa rahsianya?

Ternyata peniaga tersebut sangat dikenali sebagai peniaga yang ramah, jujur dan menghormati pelanggan, tiada satupun pelanggan yang merasa tertipu atau kecewa , semua pelanggan merasa puas hati atas sikapnya yang ramah dan atas kejujurannya dalam berniaga. Sikap dan kata-katanya selalu mempersonakan, wajahnya menyuburka rasa persahabatan, begitu pula layanannya benar-benar menjadikan pelanggan sebagai raja.

Dalam diri pelanggan telah merasa mendapat keuntungan yang berlipat ganda, iaitu pelanggan merasa mendapat keuntungan berlipat-ganda, iaitu pelanggan merasakan kepuasan batin yang tidak terhingga nilainya. Oleh itu jelas sekali peniaga yang ramah itu tidak hanya mendapatkan kebahagiaan zahiriyah tetapi juga mendapatkan kebahagiaan batiniyah. Anda boleh bayangkan dengan peniaga yang tidak jujur dan tidak ramah, tentu mereka akan dijauhi pelanggan, itu bermakna ia akan dijauhi rezeki.

Oleh itu dengan demikian jelas sekali bahawa diantara keajaiban sikap ramah ialah akan mendatangkan rezeki yang melimpah.

5. Menahan Sifat Marah

Sikap dan sifat marah adalah sikap yang amat terkutuk, selain itu sikap marah adalah sifat yang amat membahayakan manusia dinunia dan diakhirat, orang yang suka marah akan jauh dari manusia, jauh dari syurga, dekat dengan kerosakan.

Banyak sekali hadith yang menerangkan tentang bahaya marah, diantaranya ialah sabda Nabi S.A.W yang bermaksud  quot; Sifat marah itu akan merosakkan iman sebagaimana jadam merosakkan madu."

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Tiada sama seseorang yang marah kecuali ia telah pergi ke tepi neraka jahannam."

Hadih Nabi S.A.W : Ada seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah, siksa mana yang lebih berat? Rasulullah menjawab quot;Murka Allah!" Ia berkata lagi : Apakan yang dapat menyelamatkan saya dari murka Allah? Rasulullah menjawab  quot; Hendaklah jangan marah."

Dari Hadith tersebut di atas, jelas ia menunjukkan sikap yang amat membahayakan. Oleh itu kita mesti dapat menjauhinya dan diantara cara untuk menjauhkan dari sikap marah adalah dengan keramahan. Sebagaimana gambaran, jika batu dipukulkan dengan batu, maka hasilnya akan terbelah, tetapi lain halnya jika batu diadun dengan tanah yang lembek, maka hasilnya akan melekat. Didalam AlQuran terdapat cara untuk menundukkan hati keras adalah dengan kelembutan, bersikap lemah-lembut dan menyebarkan sikap kasih-sayang.

Kita tentu dapat merasakan, bayangkan ketika anda dalam keadaan marah, lalu datang seorang yang ramah, bijak tutur-katanya sopan prilakunya, berseri wajahnya, jernih hatinya, ketika itu tentu ia dapat meluluhkan hati kita yang sedang marah, bahkan kemungkinan kita akan menyesal dengan sikap marah yang baru sahaja dilakukan.

K.H Musthafa Bisri seorang penyair yang terkenal pernah mengatakan  quot;Api tidak dapat dipadamkan dengan api." Syair tersebut tersirat makna bahawa kemarahan tidak dapat dihilangkan dengan kemarahan, sebaliknya ia hanya akan dapat diselesaikan dengan sikap ramah dan kasih-sayang.

Ada sebuah kisah dari sebuah buku kecerdasan emosi, dalam buku itu dikisahkan, ada seorang pemuda yang berbadan tegap, dia sedang mabuk ketika naik kenderaan. Dia membuat perangai tidak sopan didalam keretapi tersebut, para penumpang keretapi merasa gelisah dan resah atas sikap pemabuk tersebut. Tiada satupun penumpang yang berani menghentikannya, tetapi tiba-tiba datanglah seorang tua kurus badannya, dia menghampiri pemabuk tersebut dengan sikap lemah-lembut. Apa yang terjadi dengan perlahan-lahan pemabuk tersebut hilang kemarahannya, dan yang lebih menghairankan lagi, pemabuk tersebut duduk bersimpuh dipangkuan orang tua tersebut.Kisah ini menunjukkan bahawa keramahan dapat meluluhkan kemarahan.

6. Memperkukuhkan Silaturrahim

Didalam Islam silatulrahim adalah perkara yang sangat dianjurkan bahkan Allah mengancam akan memberi siksaan kepada hambaNya yang memutuskan hubungan silatulrahim, dan dalam keadaan yang sama orang yang mahu memperkukuhkan hubungan silatulrahim, mereka akan dipanjangkan umurnyadan dimurahkan rezekinya.

Oleh sebab itu, kita perlu mengeratkan hubungan silatulrahim, sebab ia akan memberikan kebaikan di dunia dan di Akhirat. Oleh itu di antara cara untuk memperbaiki hubungan silatulrahim adalah dengan bersikap ramah.

Jikalau sikap kasih-sayang telah ada pada seseorang, maka ia akan tampak indah, orang lain akan menyukainya, sebaliknyajika hilang sikap ramah itu hilang dari seseorang tersebut, maka ia akan dijauhkan dari orang ramai.

Begitu jugabagi sesebuah keluarga, jika bersikap ramah dengan kaum kerabat, maka ia akan menjadi tali pengikat yang kuat untuk menyatukan hubungansilaturrahim, sebab ia akan melahirkan perasaan suka, ingin melindungi dan membela, tetapi jika sebaliknya yang terjadi, iaitu terjadinya hubungan yang saling bertentangan, saling injak-menginjak, saling benci membenci atau saling marah dan hasad menghasad, pasti ianya akan merosakkan hubungan silaturrahim. Dan jika benar-benar telah pecah hubungan silaturrahim, ia bermakna mendapat bencana yang amat besar.

7. Menjadi Ladang Amal Yang Melimpah

Dalam teori ekonomi akan berlaku bahawa kita akan mengeluarkan modal sekecil-kecilnya dengan mendapat keuntungan yang sebesar-besarnya. Dalam masalah akhirat juga kita akan menerapkan teori tersebut.

Yang dimaksudkan disini, kita mencari amal perbuatan yang ringan tanpa modal, tetapi ia memberi kesan yang amat besar. Diantaranya adalah bersikap ramah, ia adalah ibadah yang tanpa modal, ia tidak banyak mengeluarkan energi, tetapi dengan ramah ia akan melahirkan keajaiban yang amat besar.

Dengan ramah, kita akan banyak kawan, dengan ramah hubungan kekeluargaan akan semakin erat, dengan ramah kita akan disukai semua makhluk, dengan ramah kita akan dijauhkan dari mara bahaya dan dengan ramah kita pula akan murah rezeki

Demikianlah keajaiban ramah semoga kita dapat melakukannya. Amin

Petikan dari : MUKHLAS ASY-SYARKANI AL-FALAHI "KEAJAIBAN IBADAH membongkar Rahsia dan Hikmah Ibadah".
READ MORE - KeaJaiban Ramah

Mencari Hidayah Dalam Kehidupan

HIDAYAH ialah petunjuk Allah kepada hamba-Nya untuk jalan yang baik. Amat banyak caranya untuk mendapatkan hidayah.

Ada cara kita berusaha dan ada pula cara pemberian Allah kepada hamba-Nya yang terpilih.

Cara berusaha ialah dengan melakukan segala ibadat, amal, membuat kebajikan, menolong sesama manusia dan apa juga perbuatan baik yang diredai oleh Allah s.w.t.

Hidayah yang satu lagi ialah pemberian Allah yang terdapat dalam pelbagai bentuk. Umpamanya memberikan kefahaman agama.

Oleh yang demikian, kita sebagai Muslim hendaklah sentiasa berdamping dengan Allah kerana ia dapat membawa kepada kedamaian. Cara ini boleh diusahakan dan tidak dikhususkan kepada seseorang individu atau kepada sesuatu kumpulan saja.

Sesungguhnya kita hendaklah sentiasa meminta petunjuk atau hidayah daripada Allah s.w.t dan kita tidak rugi walau sedikitpun jika selalu berdampingan dengan Allah.

Sekiranya manusia dibiarkan seorang diri mencari kebenaran yang hakiki tanpa pedoman dan petunjuk, ditakuti mereka akan tersesat kerana untuk mencari kebenaran terlalu panjang dan bercabang-cabang.

Dalam al-Quran Allah menceritakan bagaimana keadaan manusia yang mencari kebenaran seorang diri, sepertimana firman-Nya dalam surah al-An'am ayat 76-78 yang bermaksud:

? Ketika malam telah menjadi gelap, manusia yang mencari-cari ternampak bintang lalu ia pun berkata, inilah Tuhanku. Apabila bintang itu padam dan hilang tenggelam, ia mengatakan aku tidak suka Tuhan yang hilang. Bila dilihatnya bulan mengambang ia pun berkata, itulah Tuhanku.

?Setelah bulan jatuh ia pun berkata, sesungguhnya jika Tuhan tidak memberikan petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk ke dalam orang-orang yang tersesat dan apabila dia melihat matahari terbit, maka ia berkata, inilah Tuhanku yang lebih besar dan apabila matahari terbenam dia berkata sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang mahu mempersekutukan.?

Ayat yang disebutkan dalam surah al-An'am itu mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s yang menunjukkan kepada kaumnya bagaimana untuk mencari Allah s.w.t yang sebenar. Nabi Ibrahim yang telah mengenali Alah cuba mengajak kaumnya berfikir kewujudan Allah yang sebenarnya.

Allah yang bersifat pengasih dan amat penyayang itu mengasihi seluruh umat manusia dan sentiasa memberi hidayah kepada umatnya supaya dapat mengenali Tuhan.

Untuk mencapai matlamat itu Allah memilih beberapa nabi dan rasul yang ditugaskan menerima wahyu dan menyampaikan pengajaran itu kepada umat manusia.

Oleh yang demikian nabi, rasul, wahyu dan juga al-Quran menjadi petunjuk kepada umat manusia keseluruhannya.

Apakah jalan mendapatkan hidayah? Itulah persoalan yang sering menjadi tanda tanya. Sesungguhnya akal boleh digunakan untuk mendapatkan hidayah. Pergunakanlah akal yang diberikan Allah kepada manusia itu sebaik-baiknya.

Hidayah tidak datang dengan sendirinya. Hidayah adalah sesuatu yang perlu dicari dan diselidiki, perlukan usaha oleh manusia kerana salah satu daripada ciri Islam ia tidak datang dengan sendiri tetapi ia datang dengan kita mencarinya.

Sesungguhnya, petunjuk Allah itu amat penting untuk mencari hakikat kebenaran. Jalan menuju ke arahnya adalah amat mudah sekali.

Di dalam Islam tidak ada perantaraan. Sesungguhnya perasaan keyakinan dan penumpuan yang sepenuhnya menjadi asas mencapai hidayah.

Antara ayat al-Quran yang dapat memandu manusia mencapai petunjuk Allah ialah:

?Sesungguhnya tidak ada seorang di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah dan mereka tidak mengetahui bila mereka dibangkitkan.? (Ayat 65, surah an-Naml).

?Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut, sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran kepada orang-orang yang mengetahui.? (Ayat 97, surah al- An'am).

Setelah menghayati keadaan sekeliling dan mencari tanda-tanda kebesaran Allah selama ini diharapkan semuga iman kita kepada Allah akan bertambah dan hidayah yang kita cari selama ini akan terhasil.
READ MORE - Mencari Hidayah Dalam Kehidupan

Taubat Satu Kejayaan

Taubat satu kejayaan SESUNGGUHNYA berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha untuk membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Al-A'la :14-15)
Huraian:
Insaf dan taubat daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. bukanlah sesuatu yang merugikan.
Sebaliknya ia adalah satu kejayaan besar kepada individu tersebut kerana telah berjaya melawan nafsu ammarah dan nafsu lawwamah yang mengajak kepada keburukan.
Allah s.w.t. memuji mereka yang bertaubat setelah mengetahui balasan dan azab yang bakal menimpa, jika mereka mengingkari perintah Allah s.w.t.
Taubat yang paling disukai oleh Allah s.w.t. pula ialah taubat nasuha, iaitu taubat yang bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi lagi perbuatan yang sama.
Di antara amalan soleh yang dapat memelihara diri daripada kembali melakukan kejahatan ialah berzikir, bertahmid, membaca al-Quran, mendengar kuliah ilmu, solat yang ditunaikan dengan khusyuk dn lain-lain lagi.
Islam sememangnya tidak pernah menghalang umatnya daripada mencari kehidupan dunia. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Qasas ayat 77 bermaksud:
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) di dalam dunia.
Dengan sebab itu, setiap individu perlu pandai mengimbangi keperluan dunia tanpa mengabaikan keperluan ukhrawi agar tidak terbabas dari batas dan ajaran yang ditetapkan oleh Islam dan kembali kepada jalan Allah s.w.t.
Oleh kerana itu, Allah s.w.t. menyifatkan golongan yang mengambil peringatan-Nya lalu bertaubat dan beramal soleh dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t. sebagai golongan yang berjaya.
Kesimpulan
Taubat yang dilakukan secara bersungguh-sungguh akan memberi kejayaan kepada diri individu daripada segala perbuatan dosa yang telah lalu.
Rahmat dan keampunan Allah s.w.t. sentiasa terbuka kepada manusia yang ingin kembali ke jalan kebenaran dan kejayaan. 
READ MORE - Taubat Satu Kejayaan

Hidup ini, suatu pertanyaan?

Pernahkah kita terfikir, kita hidup untuk apa? Sama juga seperti kalau kita bertanya, kita belajar untuk apa? Kita berusaha belajar dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sehingga menjejakkan kaki ke menara gading ini untuk apa? Kalau ikut kitaran hidup biasa, setelah tamat universiti kita akan bekerja, kemudian kahwin, kemudian ada anak, cucu cicit, kemudian bersara, bermain dengan cucu cicit, dan menunaikan haji di Mekah.

Kalau tidak bernasib baik, kita akan tinggal di rumah orang - orang tua, menghabiskan sisa hidup kita dan pengakhirannya sama iaitu mati. Ini kitaran hidup yang biasa kita lalui, yang biasa dilihat oleh mata kita.

Namun kadang kala ajal dan maut itu menjemput kita dengan lebih awal. Mungkin tika kita belum sempat menghabiskan pengajian di universiti, belum sempat nak kahwin, belum sempat nak bersara, belum sempat nak menunaikan haji. Pernahkah kita terfikir tentang ini?

Zaman universiti, dulu semasa sekolah rendah dan sekolah menengah, ada juga terdengar ada cikgu cikgu yang berkata, budak budak sekolah rendah dan sekolah menengah tidak boleh bercinta, dengan kata lain bercouple. Nanti dah masuk u baru boleh bercouple. Mungkin kerana itu, kita melihat di IPT sekarang ni berlambak mahasiswa mahasiswi yang asyik masyuk bercouple coupling. Sana sini kelihatan couple couple yang membuat durjana, berpegang tangan, bercubit cubitan... .. 

Ya ALLAH, setiap hari mata ini dihidangkan dengan adegan adegan yang cukup mengaibkan. Ana yang melihat pun terasa malu, lantas apakah mereka yang melakukan dan melakonkan adegan itu tidak terasa malu. Memang benar dan tepatlah, andai kata malu telah dicabut dari dalam hati dan diri kita, maksiat dan dosa kita anggap perkara biasa dan kita pandang remeh dan enteng, astarfirullah... ... ... ... .

Siapa yang tidak ingin disayangi dan dicintai. Itu naluri manusia, itu fitrah kita. Namun sekiranya sudah melampau dan melanggar batas batas agama dan syariat, sehingga kita melebihkan kasih manusia berbanding kasih ALLAH.

CUBA PERIKSA DIRI KITA, CUBA CHECK KEMBALI DIRI KITA, DENGAN KATA LAIN, MUHASABAH DIRI.

Mari kita periksa balik apa yang kita buat dalam 24 jam sehari yang ALLAH bagikan kepada kita. Subuh - adakah kita bangun sebelum azan berkumandang, dan membersihkan diri kita dan bersiap sedia untuk menghadap Ilahi. Adakah kaki kita, kita biasakan dengan meredah angin dingin di kala subuh melangkahkan kaki ke masjid mahupun surau 

Selepas solat subuh - adakah kita selalu basahkan lidah kita dsengan zikir, bacaan al mathurat, doa doa, bacaan al-quran, atau kita hanya menarik balik selimut itu dan menyambung lena setelah solat subuh dengan kadar yang pantas sebelum sempat kereta ferrari yang bertanding dalam F1 itu menghabiskan satu pusingan pun 

Sekejap, dah berapa lama kita tak baca Quran? Bila kali terakhir kita membacanya? Atau kita hanya membacanya sekali seminggu, malam jumaat, kan malam jumaat kena baca yassin? Itu sahaja ke?

Pagi - pernahkah kita solat dhuha, atau kita tak pernah? Sarapan dicafe lebih penting, makanan jasmani kita berikan, tapi makanan rohani?

Tengahari - solat zohor, dan kemudiannya solat asar. Bagaimana dengan kedua dua solat ini. cepat... cepat... ..selepas zohor kena berkejar untuk kuliah, selepas asar kena berkejar ke padang, nak main bola..

Maghrib... Isyak... ..Apa pula yang kita buat antara maghrib dan isyak? Malam pula? Sepertiga malam, kita sibuk menyiapkan assigment kita, due date dah semakin mengejar. Tak pun, kalau free kita kumpul ramai ramai, lepak - lepak, cerita - cerita, makan -makan. Bila kali terakhir kita bertahajud dan bermunajat kepada ALLAH? Semasa final semester lepas ke?

Ini belum lagi ditambah dengan puasa sunat, apakah isi percakapan kita seharian. Pergaulan kita antara muslimin dan muslimat, pergaulan antara muslim dan non muslim, banyak lagi... .

Hubungan dengan kedua ayah dan ibu kita, adik - adik kita, saudara mara kita, guru - guru, lecturer, banyak lagi... ..

Malu... malu... malu... ..

Lebih banyak ana ingat dan fikirkan, rasa malu kepada ALLAH kian bertambah. Inikah buktinya kita kasih kepada ALLAH, inikah caranya menunjukkan kita adalah hambaNYA. Tak terasa malukah kita, kita cuma teringat kepada ALLAH ketika kita dilanda musibah. Kita tidak berpuas hati, kita kecewa, kita mengadu hanya ketika kita bermasalah... ... 

Pernahkah kita melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH. Perjuangan apakah yang kita perjuangkan? Adakah untuk diri kita sendiri sahaja? Kepuasan diri sahaja? Kepentingan diri sahaja?

Ya ALLAH, ampunilah dosa - dosa kami yang begitu banyak ini..
Janganlah biarkan kami terus leka, lalai dan alpa... 

"
READ MORE - Hidup ini, suatu pertanyaan?