Pages

Translate

Monday, January 23, 2012

Teman lelaki gila seks

SAYA berumur awal 20-an dan mempunyai teman lelaki. Masalahnya saya amat tertekan dengan sikap teman lelaki yang gemar mengajak melakukan hubungan seks. Kami pernah terlanjur dan kini saya insaf kesilapan dan berazam tidak mahu mengulangi lagi.
Namun, teman lelaki semakin galak mengajak melakukan hubungan seks hingga saya berasa rimas. Malah, saya sering berdoa semoga Allah memberikan petunjuk kepada teman lelaki untuk berubah namun sia-sia. 
Saya buntu dengan sikap teman lelaki yang sering melemparkan janji kosongnya untuk berubah dan saya selalu terfikir untuk meninggalkannya.

Bagaimanapun, saya takut kerana tiada siapa mahukan diri saya kerana kesilapan pernah dilakukan dulu.

Saya sangat tertekan. Apakah memang patut saya meninggalkan teman lelaki?

GADIS MANIS,
Melaka.




CINTA tulus ikhlas tidak menuntut kepada pengorbanan bersifat seksual tanpa ikatan sah suami isteri. Mencintai bukan untuk dikhianati tapi adalah untuk saling memiliki. Cinta sejati adalah kejujuran.

Jika teman lelaki amat menyayangi adik, mengapa pula dia sering mengkhianati dan tidak menghormati adik sebagai seorang wanita.

Sikap teman lelaki yang gemar mengajak adik melakukan hubungan seks tidak membuktikan dia seorang lelaki tulen dalam perhubungan cinta.

Janji-janji kosongnya untuk berubah dan mengahwini adik menambahkan lagi sikap kepalsuan terhadap ketulusan cinta.

Teman lelaki adik lebih berpaksikan nafsu dari cinta sejati. Dalam percintaan, adik perlu tahu untuk membezakan antara nafsu dengan cinta kerana tanpa�disedari adik tertipu oleh hal itu.

Dr memahami ketakutan yang adik alami. Perasaan takut tiada lelaki yang akan sudi berkahwin dengan adik jika meninggalkan teman lelaki adalah senjata paling kuat yang digunakan teman lelaki untuk terus mengajak adik melakukan hubungan seks.

Ia adalah seperti satu permainan bukan lagi satu percintaan.

Selagi mana permainan ini tidak dihentikan, selagi itulah adik menjadi mangsa. Kerugian dan kehilangan maruah diri akan terus menyelinap dalam tubuh sanubari adik.

Berterus terang kepada teman lelaki mengenai perasaan dan keinginan adik.

Jelaskan adik inginkan satu perhubungan yang jujur dan cinta kalian berdua diikat dengan sah. Adik ingin mengakhiri perbuatan berdosa. Jika permintaan ikhlas adik ini masih lagi dipandang sepi, jelas sekali teman lelaki tidak sehaluan arah cintanya dengan adik.

Sama ada patut meninggalkan teman lelaki ataupun meneruskan hubungan bergantung kepada kesediaan adik menerima segala akibat yang wujud dari apa saja keputusan yang diambil.

Mengenai sama ada adik akan menemui lelaki yang sanggup menerima adik jika sudah meninggalkan teman lelaki, ia adalah soal jodoh. Manusia juga tidak boleh memastikan apa pun untuk masa depannya kerana hari esok adalah misteri.

Jika adik ingin menemui lelaki yang sudi mengambil adik sebagai suri hidupnya, adik perlu mempunyai prinsip seks bukan penentu dalam pemilihan jodoh.

Tidak mengulangi kesilapan dan dosa yang dilakukan bersama teman lelaki adalah permulaan kepada kehadiran jodoh adik. Jadikan segala kesilapan lalu sebagai pengajaran. Setiap perkara ada gantinya.

Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya Dr doakan adik dapat membuat satu keputusan yang menjadikan adik sebagai wanita yang bermaruah dan beriman.
Bukan sebagai alat pemuas seks. Apabila maruah diri dapat dimiliki, adik akan lebih yakin bahawa soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.
READ MORE - Teman lelaki gila seks

Anak tak sanggup lihat ibu bergelumang dosa

IBU saya seorang janda yang kini sedang asyik bercinta. Namun, memandangkan saya adalah bekas pelajar sekolah agama, saya juga tahu mengenai hukum dosa dan pahala.
Timbul juga perasaan bersalah memandangkan saya tidak mampu berbuat apa-apa. Ibu terlalu asyik menelefon lelaki itu yang juga suami orang malah asyik keluar berdua. 
Apa yang perlu saya lakukan untuk memberitahu ibu saya tidak suka perbuatannya itu.

Pada masa sama, saya juga tidak mahu ibu menganggap saya sebagai anak derhaka.

ANAK SERBA SALAH,
Melaka



KEHIDUPAN bersendirian sebagai seorang janda, membuatkan ibu adik berpotensi lebih tinggi untuk berasa sunyi. Kesunyian mendorong ibu untuk menjalin hubungan dengan suami orang.

Perasaan sunyi, bagaimanapun, bukanlah satu alasan untuk ibu mempunyai hubungan sulit. Apatah lagi dengan suami orang.

Dr sangat memahami kerisauan adik. Sebagai seorang anak, adik tidak mahu ibu terbabit dengan perkara yang tidak baik. Mempunyai hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang tidak sah, tentu mengundang pelbagai reaksi negatif dari ramai pihak.

Sebagai seorang anak yang tahu perkara mana benar mana salah, tentu sekali adik tidak mahu ibu menjadi tohmahan negatif dan umpatan orang. Adik juga tidak mahu ibu bergelumang dengan dosa kerana �sayangkan ibu. Dr sangat menghargai dan mengucapkan terima kasih atas sifat positif adik ini.

Adalah amat sukar bagi seorang anak untuk menegur tingkah laku ibu. Kesukaran adik menegur ibu dapat Dr rasai. Dalam menangani isu ini, adik boleh menggunakan khidmat pihak ketiga untuk menasihati ibu. Contohnya, menggunakan pihak yang sangat dihormati ibu.

Adik juga boleh berbincang secara berhikmah dengan ibu. Jika adik tidak berani berjumpa secara bersemuka dengan ibu, adik boleh menggunakan kaedah lain. Menulis surat adalah satu kaedah yang boleh digunakan.

Ini boleh menghilangkan perasaan bersalah kerana adik sudah berusaha untuk menegur ibu. Sama ada ibu akan berubah selepas mendengar keluhan perasaan adik, terpulang kepada diri ibu.

Di pihak adik, tanggungjawab sebagai seorang anak dan Muslim sudah dilaksanakan. Sebagai ibu, kasih sayang terhadap anak boleh �mengubah tingkah laku negatif kepada positif, dari melakukan dosa kepada berhenti melakukannya.

Memohon doa agar ibu mendapat petunjuk untuk tidak meneruskan perbuatan yang adik tidak suka itu juga satu usaha yang boleh adik lakukan. Dr ucapkan semoga adik berjaya dalam usaha adik.
READ MORE - Anak tak sanggup lihat ibu bergelumang dosa

Siswa kerap dilanda murung

SAYA remaja perempuan berusia 20 tahun dan menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPT) di Pulau Pinang. Sepatutnya saya bersyukur terpilih memasuki universiti ini kerana proses pemilihan pelajar sangatlah susah.
Walaupun keputusan matrikulasi saya tidak begitu bagus, tapi saya layak. Bagaimanapun, selepas menjadi pelajar di universiti ini, saya kerap mengalami kemurungan dan tekanan selain sering mengalami sakit perut yang berlarutan selama dua minggu. 
Apabila ke klinik, doktor pun tidak tahu mengapa saya begitu. Perkara ini berlaku sejak saya menuntut di matrikulasi lagi. Sudah tiga semester di universiti, masalah yang sama tetap berlaku iaitu sakit perut yang tidak diketahui puncanya.

Saya mengesyaki sakit perut ini adalah tanda-tanda tekanan. Kadangkala, sakit perut ini berserta dengan ulcer di bibir. Bila masalah ini terjadi, saya berasa teramat tertekan apatah lagi dengan tugasan, projek dan pembentangan yang berlambak-lambak.�

Saya juga tidak dikategorikan sebagai pelajar yang aktif tetapi ada memegang jawatan sebagai wakil kelas bagi kursus saya. Kadangkala, saya rasa tanggungjawab itu sangat berat, tapi saya nekad meneruskan kerana jawatan itu akan memberikan saya pengalaman sebagai seorang ketua dan mengajar untuk berkomunikasi dengan lebih baik.

Saya juga seorang yang pendiam, jadi masalah yang dialami saya simpan sendiri. Kawan-kawan pernah berkata, saya sering mengambil serius setiap perkara dan seorang yang kurang sikap kelakar. Contohnya, saya sering risau kawan-kawan yang lain sekiranya mereka tidak tahu mengenai sesuatu maklumat terkini, seperti kelas dibatalkan.

Walaupun perkara ini nampak remeh, tapi saya mengambilnya sebagai sesuatu yang besar. Jadi tidak mustahil saya memang cepat tertekan.�

Kadangkala, saya tertekan apabila ada rakan sekuliah mengalami krisis. Saya tahu tidak perlu ambil tahu tapi sukar mengatasinya malah akan bertambah tertekan sekiranya rakan lain mendapat markah lebih tinggi. Saya juga sangat risau mengenai keputusan yang akan diperoleh setiap kali peperiksaan menjelma.

Mungkin saya sudah terbiasa dengan keadaan di sekolah yang mengajar supaya lebih banyak A adalah bagus. Sewaktu di sekolah memang mudah, tapi alam matrikulasi dengan universiti berlainan.

Sampai ketikanya saya bertanya pada diri sendiri adakah saya mampu membawa subjek ini kerana saya akan menjadi seorang teknologis apabila saya tamat pengajian kelak.�

Saya juga ada membaca artikel mengenai cara-cara bagaimana mengurangkan tekanan tapi tidak berhasil. Saya sendiri tidak tahu untuk mengatasi masalah ini.� Adakah Dr sendiri mempunyai cadangan lain bagi membantu saya.

GADIS TENSION,
Pulau Pinang



TENTU sekali Dr gembira atas kejayaan adik menjadi warga universiti tersohor, justeru peluang menjadi siswa universiti yang menjadi idaman ini tidak wajar dipersiakan. Apabila terpilih, tentunya adik mempunyai keistimewaan tersendiri yang boleh dimanfaatkan setinggi mungkin.

Melihat masalah adik, beberapa isu perlu dilihat, antaranya, isu kesihatan dan peranan serta tanggungjawab sebagai pelajar. Isu seterusnya ialah gaya atau corak kepemimpinan dan keupayaan mengikuti subjek yang adik ikuti.

Masalah segera yang perlu diselesaikan ialah masalah kesihatan. Memandangkan sakit perut sudah lama berlaku, adik perlu mendapat rawatan yang cepat dan berkesan.

Jika sakit perut adik �sememangnya disahkan oleh pihak doktor perubatan �sebagai kesan tekanan, adik perlu mengenal pasti puncanya dan langkah seterusnya ialah merawat tekanan yang dialami.

Memegang tanggungjawab adalah penting dalam pembangunan sahsiah pelajar. Dr ucapkan tahniah kepada adik kerana sanggup memikul tanggungjawab yang dapat mengembangkan potensi sebagai pelajar dan insan holistik. Maksudnya, bukan saja bagus akademiknya tapi cemerlang sifat kepemimpinan, sahsiah diri dan kematangan berfikir.

Menjadi seorang pemimpin memerlukan adik lebih bersifat terbuka, bersedia menerima pandangan serta menilai kelemahan diri.

Kesediaan ini tidak bermakna adik seorang pemimpin yang lemah tapi sebaliknya. Sifat menyimpan sendiri masalah akan mewujudkan masalah kepemimpinan.

Begitu juga, dengan terlalu memikirkan atau risau mengenai sesuatu perkara tidak akan membantu adik menjadi seorang ketua kelas yang baik. Apa yang boleh adik lakukan ialah menukar corak atau gaya kepemimpinan. Dr amat yakin adik mempunyai potensi dan keupayaan ke arah itu. Jika proses menukar gaya kepemimpinan sukar dilakukan, lakukannya secara berperingkat.

Mengenai isu risaukan peperiksaan, ia adalah satu petanda yang baik. Ahli psikologi mengatakan berasa risau atau bimbang mengenai sesuatu perkara termasuk peperiksaan adalah satu petanda positif.

Ia akan mendorong individu berusaha untuk mendapat keputusan peperiksaan yang lebih baik. Bagaimanapun, terlalu berasa risau memang akan menyebabkan individu rasa tertekan.

Apa yang boleh adik lakukan ialah adik boleh berasa risau tapi pada waktu yang sama, mengambil langkah-langkah persediaan menghadapi peperiksaan. Banyak panduan berkesan adik boleh peroleh dalam buku atau laman web sebagai persediaan menghadapi peperiksaan juga bagaimana menjadi pemimpin yang baik.

Sekiranya, masalah kesihatan dan gaya kepemimpinan adik dapat diatasi, Dr lihat tiada masalah bagi adik untuk membawa subjek yang diikuti sekarang. Dr doakan satu hari nanti adik akan menjadi seorang teknologis yang cemerlang. Selamat berjaya.

READ MORE - Siswa kerap dilanda murung

Tdk suka balik Kg "SIKAP FAMILY"

SAYA pelajar universiti dan anak kedua daripada empat beradik. Saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam pelajaran kerana boleh dikatakan pelajar bijak. Saya juga aktif dalam persatuan di universiti dan berasal dari sebuah kampung di utara tanah air.
Jujur saya katakan, saya tidak suka pulang ke kampung halaman memandangkan sikap keluarga yang seperti tidak mengendahkan saya. 
Saya seolah-olah tidak wujud dalam keluarga. Paling menyedihkan, apabila tiba hari lahir, jangankan hadiah, tiada sebarang ucapan pun daripada keluarga.

Bukannya keluarga kami hidup susah, namun untuk membeli baju baru, saya terpaksa bekerja memandangkan pinjaman pendidikan hanya cukup membiayai makan minum dan tugasan saja.

Bagaimanapun, adik-beradik lain diberikan wang setiap bulan hingga saya seperti disisihkan.

Apa yang patut saya lakukan kerana apabila bersendirian, saya sering menangis mengenangkan nasib diri. Tolonglah saya.

TERKILAN,
Johor



KEWUJUDAN individu memberi makna dalam kehidupan. Semakin besar kewujudan diri disedari oleh pihak lain, semakin besar makna dalam kehidupan individu berkenaan. Pengiktirafan kewujudan yang positif akan memberi kepada penghargaan diri yang baik.

Dengan kehadiran dan kewujudan adik tidak diakui keluarga, Dr tidak hairan mengapa adik berasa sedih. Dr empati dengan kesedihan adik itu. Perasaan sedih ini membawa kepada tingkah laku adik yang tidak suka pulang ke kampung.

Jika sikap adik yang tidak gemar balik menemui ahli keluarga di kampung berlarutan, ia akan memberi kesan kepada hubungan institusi kekeluargaan. Jarak emosi antara adik dengan keluarga akan semakin membesar.

Ada beberapa kemungkinan perkara ini berlaku. Dalam budaya Timur, ahli psikologi silang budaya menjelaskan, masyarakatnya tidak gemar menunjukkan kasih sayang secara terbuka.

Contohnya, kebanyakan ibu bapa dalam masyarakat Timur tidak menzahirkan kasih sayang dalam bentuk yang nyata seperti pemberian hadiah dan kata-kata ucapan.

Ini bukan menunjukkan ibu bapa tidak menyayangi anak-anak mereka. Cuma, kasih sayang tidak ditunjukkan dengan cara seperti memberi hadiah dan melahirkan kata-kata ucapan ketika hari istimewa contohnya hari lahir, lulus peperiksaan dan menerima ijazah.

Masyarakat Barat berbeza kerana mereka berasakan sesuatu yang nampak akan lebih memberi kesan. Jika sayang pada seseorang, nyatakan. Pemberian hadiah untuk tujuan menyambut hari lahir adalah sesuatu yang biasa dilakukan.

Kemungkinan ibu bapa adik tidak mengetahui perasaan adik. Ini boleh berlaku kerana adik tidak memberitahu mereka akan apa yang adik alami. Lantas, mereka mengandaikan adik sudah mendapat segala keperluan kewangan dan kasih sayang.

Tambahan pula, sebagai seorang pelajar universiti, ada kemungkinan, ahli keluarga berasakan adik dapat menangani segala permasalahan yang ada dan tidak memerlukan bantuan. Ini termasuk bantuan kewangan. Jika ini berlaku, komunikasi jelas perlu wujud antara adik dengan keluarga.

Sememangnya ibu bapa perlu bersikap adil kepada setiap anak. Begitu juga ahli keluarga tidak boleh berat sebelah kasih sayangnya.

Untuk bersikap adil, ia tidak bermakna memberikan sesuatu kepada setiap anak dalam kuantiti yang sama.

Ia lebih kepada memberi setiap anak apa yang wajar diperolehnya.

Setiap anak adalah individu yang unik, mempunyai kualiti serta keperluan dan bakat tersendiri.

Satu cara adik menangani masalah dihadapi dengan menjelaskan apa yang adik alami kepada keluarga. Nyatakan adik ingin dihargai dan disayangi.

Jelaskan kepada keluarga bahawa ucapan selamat hari lahir dapat memberi rasa diri diterima dalam keluarga.

Cara lain ialah dengan adik sendiri mengucapkan selamat hari kelahiran atau memberi hadiah ketika hari kelahiran ahli keluarga adik.

Dengan adik menunjukkan contoh dan tingkah laku ini, ahli keluarga yang lain boleh mengikut contoh ini.

Lazimnya, apabila kita menyayangi orang lain, balasan kasih sayang akan menyusul.

Seterusnya, adik boleh bersifat memahami budaya keluarga.

Dengan adik lebih memahami tingkah laku mereka, adik juga lebih dapat menerima seadanya sikap mereka terhadap adik.

Sikap kecil hati dan sedih akan berkurangan apabila adik dapat memahami budaya serta amalan ahli keluarga.

Kasih sayang boleh wujud dalam bentuk yang lain. Ini seperti mendoakan kejayaan adik dan berasa gembira atas perkara positif yang berlaku. Dr doakan hubungan emosi adik dengan keluarga akan lebih terjalin rapat.
READ MORE - Tdk suka balik Kg "SIKAP FAMILY"

Teman lelaki tidak jujur

SAYA pelajar sebuah institusi pengajian tinggi berusia 22 tahun manakala teman lelaki 26 tahun. Kami sudah berkenalan hampir empat tahun dan sepanjang tempoh itu, kami saling mengenali keluarga masing-masing.
Kami merancang mengakhiri zaman bujang selepas saya tamat ijazah sarjana muda kelak. 
Baru-baru ini, saya dapati dia ada berhubung dengan perempuan lain. Katanya, mereka hanya kawan.

Daripada perbualan, memang nampak seperti kawan, cuma ada sekali dua mereka mesra.

Masalahnya sekarang, saya rasa sedih bukan kerana dia berkawan dengan perempuan itu tapi tidak berlaku jujur pada saya.

Saya menganggap saya kuat cemburu, jadi katanya, dia tidak menceritakan mengenai persahabatan mereka kerana bimbang saya cemburu dan cuma ingin menjaga hati saya.

Kami sudah berbincang. Dia menyesali perbuatannya dan menyatakan malu atas perbuatannya sendiri sedangkan saya tetap setia dengannya.

Kini, dia meminta masa untuk mengubati hati saya dan mendapatkan kepercayaan saya kembali.

Dia juga minta masa pada saya untuk membuktikan yang dia pasti akan capai impian untuk menikahi saya.

Bolehkah saya percaya? Apa yang patut saya lakukan sekarang? Apa sebenarnya yang diinginkan lelaki?

Ini kerana, setiap kali saya bertanya padanya, dia akan kata yang dia sudah gembira dan puas hati dengan diri saya dan menerima baik buruk pada saya seperti saya terima baik buruk dirinya.

RAGU-RAGU,
Kuala Lumpur



BENARLAH kata orang bahawa cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun. Ini kerana sehingga sekarang, adik masih tidak tahu apa sebenarnya yang adik inginkan daripada teman lelaki. Begitu juga sebaliknya.

Sudah berkali-kali teman lelaki memberi jawapan bahawa dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan perempuan lain.

Dia juga menyesali perbuatannya dan menyatakan yang dia malu atas perbuatannya sendiri sedangkan adik tetap setia padanya.

Teman lelaki juga menerima baik buruk serta gembira dengan adik.

Sebaik dan seikhlas manapun jawapan teman lelaki, adik masih lagi tidak percaya dan masih cemburu apabila dia mempunyai teman wanita biasa.

Berasa ragu dan cemburu tanpa keikhlasan bercinta boleh menggugat jalinan cinta.

Adik sendiri perlu pasti apa yang adik inginkan dalam cinta kalian berdua kerana jika masih menjadi isu, perasaan tidak kondusif ini akan berterusan apabila sudah mengikat tali perkahwinan.

Kepercayaan adalah perkara asas dalam membina sebarang hubungan. Apatah lagi hubungan cinta.

Kata cinta bahawa “permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui di dalam dirinya” boleh adik aplikasi dalam cinta adik berdua.

Dr harap adik dapat memberi ruang kepada diri untuk menilai semula sikap dan perasaan adik kepada teman lelaki.

Jika adik benar-benar pasti dialah lelaki terbaik untuk adik, pupuk dan binalah cinta itu ke arah sinar lurus yang akan membawa pengekalan abadi.

Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

Sekiranya, adik masih lagi ragu-ragu, mungkin dia bukan yang terbaik untuk adik.

Hubungan ini tidak akan bahagia berkekalan.
READ MORE - Teman lelaki tidak jujur

Elak fitnah Internet

RABU lalu, saya ditemuramah seorang pelajar tahun akhir dari University of Amsterdam, Belanda. Beliau mengikuti program pertukaran pelajar bersama sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur.
Lebih kurang sejam, perbualan lebih menjurus kepada bagaimana program Imam Muda membawa pembaharuan kepada dunia dakwah di Malaysia. Insya-Allah penulisan beliau akan dimuatkan di sebuah majalah di Belanda dalam waktu terdekat ini.

Sebenarnya, beliau menghubungi rakan saya, Ahad lalu untuk menyatakan hasrat berjumpa saya. Saya sangat menghargainya dan terus membuat temujanji dengannya.
Proses atur temujanji itu tidak sampai lima minit. Begitulah pantasnya sesuatu khabar disebar daripada seorang kepada orang lain.

Beliau mengakui mendapat maklumat mengenai program Imam Muda melalui Internet. Begitu hebat kuasa Internet hari in.

Taip saja apa yang terlintas di benak fikiran, pasti anda akan menemui maklumat dikehendaki.
Namun bukan itu yang ingin saya kongsi bersama pembaca ruangan ini. Saya pernah membicarakan perkara ini secara umum ketika awal penulisan saya dalam ruangan ini dan kali ini saya berhasrat mengupasnya dengan lebih lanjut.

Saya terpanggil untuk berkongsi mengenai bahaya fitnah yang semakin berleluasa pada akhir zaman ini.
Tidak sesekali dinafikan, kecanggihan teknologi perhubungan dewasa ini memudahkan sesuatu maklumat itu disampaikan secara cepat serta efektif dan mungkin tanpa tapisan.

Internet serta media massa boleh diibaratkan mata dan telinga masyarakat dewasa ini dalam menyampaikan sebarang berita, maklumat atau hebahan.

Memang diakui, banyak faedah diperoleh daripada kecanggihan sistem komunikasi ini tetapi banyak juga impak negatif tanpa kita sedari.

Kerana itu, masyarakat dituntut menggunakan kebijaksanaan menilai setiap berita.

Tambahan pula kebanjiran akhbar, majalah serta blog menimbulkan rasa kurang harmoni di kalangan masyarakat.

Tidak kira apa kategorinya, baik hiburan, politik atau perniagaan, setiap empunya kepada media ini tentu berlumba-lumba dan berhasrat meningkatkan ‘rating’ serta melariskan produk mereka.

Namun dalam keghairahan menyampaikan maklumat, kita seolah-olah leka kita akan dipertanggungjawabkan mengenai apa yang kita sampaikan jika ia mengundang kepada fitnah.

Akhir zaman ini, penggunaan perkataan ‘fitnah’ digubah dan diperindahkan menjadi ‘gosip’ supaya masyarakat tidak memandangnya sebagai sesuatu yang berat dan ber‘liabiliti’.

Gosip ini juga dianggap bahan hiburan dan mungkin bahan bacaan ringan pada waktu lapang.

Yang lebih malang, ramai yang gemar membaca dan mendengar seterusnya mempercayai fitnah tanpa usul periksa.

Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” Ayat ini turun berdasarkan peristiwa di mana Rasulullah mengutuskan Walid bin Uqbah untuk mengambil zakat daripada kaum Harith.

Ketika dalam perjalanan, timbul fitnah terhadap kaum Harith yang menyatakan Walid akan dibunuh oleh kaum itu.

Apabila berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah, baginda tidak mempercayainya, sebaliknya menghantar utusan lain menyiasat.

Ternyata berita itu adalah palsu, bahkan mereka menunggu Walid untuk membayar zakat.

Bayangkan jika baginda mempercayai kata-kata dusta itu, pasti Rasulullah menghantar tentera untuk memerangi kaum itu dan berlakulah pertumpahan darah.

Sesungguhnya kaum Muslimin perlu menghayati dan memahami ayat itu. Betapa bahayanya ancaman fitnah kepada masyarakat dan sesebuah negara.

Malang bagi sesetengah daripada kita yang kadangkala terlalu cepat menyebarkan apa yang belum dipastikan kebenarannya, seolah-olah menjadi ejen kepada penyampai berita itu.

Dewasa ini betapa banyak fitnah berlegar di dalam masyarakat kita. Betapa banyak bencana yang terjadi akibat berita tidak benar ini.

Betapa banyak darah yang tertumpah, keluarga yang berpecah, dua saudara yang berpisah serta hak yang dicabuli akibat fitnah ini.

Hakikatnya, tidak ada satu pun masyarakat Islam bebas daripada golongan munafik. Mereka sentiasa berhasad dengki dan tidak aman untuk melihat kaum Muslimin hidup harmoni di bawah satu payung.

Mungkin sesetengah daripada kita berasakan menyampaikan perkara yang tidak diketahui kebenarannya hanya perkara kecil. Namun, di sisi Allah SWT, ia perkara besar.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 15 bermaksud: “(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut.” Pada dasarnya, ucapan itu diterima dengan telinga, bukan lisan. Namun, Allah ungkapkan mengenai cepatnya berita itu tersebar di tengah masyarakat. Kata-kata itu seakan-akan keluar dari mulut ke mulut tanpa melalui telinga, dilanjutkan ke hati yang tidak memikirkan apa yang didengar, selanjutnya memutuskan untuk menyebarkan berita itu.

Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal ia pada sisi Allah adalah besar.” (An-Nur: 15) Oleh itu, berwaspadalah menerima sesuatu perkhabaran. Selidik sebelum menghukum sesuatu perkara dengan pertimbangan rasional.

Jangan sekali-kali menjadi sukarelawan kepada penyebaran fitnah. Semoga kita semua dilindungi Allah daripada bahaya ancaman fitnah.

READ MORE - Elak fitnah Internet

Sunday, January 22, 2012

Antara tukang paip dan doktor

APA bezanya antara seorang tukang paip dan doktor? itu adalah pertanyaan daripada seorang tokoh korporat yang bergiat dalam industri perhotelan. Katanya, kedua-dua profesion itu memeriksa pesakit. Bagi doktor, pesakitnya adalah manusia manakala bagi tukang paip adalah paip yang rosak atau tersumbat. Cara mengenal pasti penyakit bagi setiap pesakit juga adalah sama. 

Doktor mempunyai alat untuk memeriksa pesakit, manakala tukang paip juga mempunyai alatnya tersendiri untuk memeriksa paip yang ‘sakit’. Sebut saja apa yang dialami pesakit, seseorang doktor sudah boleh meramalkan jenis penyakit yang dihadapinya berpandukan kepada tanda-tanda yang ada pada pesakit. Bagaimanapun, seseorang doktor mungkin memerlukan ujian yang lebih teliti terhadap kesihatan seseorang pesakit kerana ia membabitkan manusia yang bernyawa.
Selepas mengetahui penyakit pesakit, doktor memberi ubat yang sesuatu atau rawatan yang diperlukan. Jika penyakit yang dialami pesakit itu kecil saja, penyakit hanya diberi rawatan biasa. Tetapi, jika memerlukan rawatan yang rapi, pesakit terpaksa melakukan pemeriksaan yang rapi.
Keadaan hampir sama juga berlaku ke atas seseorang tukang paip. Jika dipanggil untuk memeriksa masalah paip di sesebuah premis, seorang tukang paip sudah boleh menjangkakan apa yang sebenarnya berlaku daripada penjelasan yang diberikan. 

Malah, mereka sudah tahu cara mengatasinya dan alat yang akan digunakan. Jika kerosakan biasa, ia hanya memerlukan rawatan yang kecil, sebaliknya rawatan yang besar akan dilakukan jika ia memerlukan pengubahsuaian tertentu. 

Bagi doktor dan tukang paip, kedua-dua mereka menerima upah. Doktor menerima bayaran daripada pesakit atau keluarga mereka manakala tukang paip daripada pemilik premis. 

Bagi demam biasa, seseorang doktor swasta, mengenakan bayaran antara RM30-RM50 untuk perundingan, rawatan dan ubat bagi seseorang pesakit. Bagi seseorang tukang paip pula, mereka mungkin mengenakan bayaran antara RM100-RM200 atau lebih untuk memperbaiki paip yang bocor atau rosak, bergantung kepada tahap kerosakan paip yang dialami. 
Perkara yang sedikit berbeza, mungkin pelanggan kepada doktor lebih ramai berasaskan bilangan penduduk dan tahap kemudahan kesihatan di sesebuah negara. Namun, walaupun tukang paip mendapat tiga atau empat pelanggan sehari, dia mungkin boleh menyamai pendapatan seorang doktor. 

Tugas tukang paip, mekanik motor, tukang elektrik, mekanik memperbaiki pendingin hawa dan sebagainya adalah hampir sama dengan doktor, malah tidak mustahil boleh dikatakan lumayan. 

Di Malaysia, bilangan rumah, kenderaan, hotel, pejabat, sekolah, universiti, hospital dan sebagainya bertambah setiap masa. Setiap bangunan pasti memerlukan rawatan. Rawatan yang besar memerlukan kos yang besar, sama juga dengan kos bagi melakukan pembedahan terhadap seseorang pesakit. 

Dalam konteks pembangunan negara hari ini, Malaysia menyediakan peluang pekerjaan yang sangat luas. Tidak semua orang boleh menjadi doktor atau jawatan lain yang menjadi rebutan seperti jurutera, akauntan, peguam, pensyarah dan sebagainya. 

Hakikatnya, banyak profesion lain yang boleh diceburi dengan pendapatan yang lumayan. Langkah kerajaan mewujudkan banyak sekolah dan kolej vokasional adalah perancangan yang tepat dengan mengambil kira kemajuan pesat negara yang memerlukan tenaga bidang kerja penyeliaan. 

Jika rakyat tidak disediakan dengan latihan vokasional, tugas ini pasti akan diambil alih oleh pendatang asing yang kian ramai. Hari ini pun, pendatang asing sudah menguasai beberapa jenis kerja yang tidak diminati rakyat tempatan.

Dalam bidang pembinaan dan perladangan, umpamanya, tugas berkenaan sudah mula dikuasai oleh pendatang asing. 

Di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur, contohnya, sudah ramai pendatang asing menguasai perniagaan dari pasar runcit ke kedai runcit. 

Malah, perniagaan di kawasan itu juga sudah bertukar. Restoran yang menjual bakso lebih dilihat ramai pelanggan daripada restoran roti canai. 

Pekerja pendatang asing juga menguasai tugas di pusat beli-belah sama ada menjadi jurujual, pelayan di hotel atau mekanik di kedai menjual alat elektrik dan komputer. Di pasar basah, pembeli rakyat negara ini menawar harga ikan dan sayur daripada penjual pendatang asing. 

Begitulah keadaannya jika penduduk tempatan tidak mengambil kesempatan, tempat mereka akan diambil alih oleh pendatang asing. 
READ MORE - Antara tukang paip dan doktor