Ramah adalah sikap pemikiran dan tingkah-laku seseorang yang berusaha untuk menyenangkan orang lain. Ramah adalah termasuk dari salah satu sifat mahmudah atau akhlak karimah. Sifat dan sikap ramah ini adalah menjadi sikap para Nabi dan para Rasul, orang-orang yang soleh dan orang-orang yang mulia. Kesan yang didapati dari sikap ramah adalah sesiapapun yang bergaul dan bersahabat dengannya, tentu mereka akan merasakan nikmat, keindahan, ketenangan bahkan jika ditinggalkan dia akan menimbulkan kerinduan yang amat mendalam. Sikap ramah ini pernah ditunjukkan oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wassalam dapat mengubah masyarakatnya dari masyarakat yang biadab menjadi masyarakat yang beradab, dari masyarakat yang sesat berubah menjadi masyarakat yang beriman, dan dari masyarakat yang hina berubah menjadi masyarakat yang mulia. Dengan demikian jelas sekali keramahan selain merupakan ibadah ia juga mengandungi berbagai keajaiban di antaranya : 1. Ia Akan Melahirkan Keindahan Diantara keajaiban ramah ialah ia akan melahirkan keindahan, sebab secantik apa pun, setampan apapun, setinggi apapun kedudukannya, jika yang diamalkan adalah sikap yang mudah marah, sombong, suka maki hamun, maka semua itu akan menghilangkan kecantikan wajahnya, ia akan menghapuskan keindahan fizikalnya dan ia akan dapat menurunkan kedudukannya dan tentunya mereka ini akan dijauhi oleh masyarakat. Sebaliknya juga kita sering menjumpai orang yang tidaklah secantik wajahnya, tidaklah tinggi kedudukannya, namun mereka ini bersikap ramah, bersahaja, murah senyum, bersikap sopan maka dengan sendirinya ia akan memperindahkan wajahnya dan meninggikan darjatnya dan sikap itulah yang akan menimbulkan daya tarik bagi orang lain. Banyak sekali orang-orang yang hina kemudiannya berubah menjadi mulia adalah kerana sikapnya yang ramah dengan orang lain. Seorang ahli psikologi mengatakan jika anda memperindahkan orang lain dengan sikap ramah dan memuliakan, maka dengan sendirinya alam akan ikut memperindah wajah anda. Orang bersikap ramah hakikatnya tumbuh dari kalbu yang amat dalam, tanpa ada tekanan, tanpa dibuat-buat, tetapi itu merupakan tekad dalam jiwanya dan pilihan hidupnya, bahawa dia mesti bersikap ramah pada orang lain. 2. Ia Akan Menimbulkan Kesenangan Diantara keajaiban ramah ialah ia akan menumbuhkan kesenangan, sebab menurut Gimnistiar bahawa kesusahan itu hakikatnya bukan dari masalah yang dihadapi, tetapi ia timbul dari sikap kita dalam menerima masalah tersebut Orang yang cepat marah, tidak bersikap tenang (emosional) pada hakikatnya mereka bukan boleh menyelesaikan masalah dengan baik, melainkan sedang mempersulitkan diri sendiri. Keadaan ini seringkali menimbulkan sesuatu masalah yang remeh-temeh jesteru berubah menjadi beban yang amat berat dan merugikan, tentu semua ini terjadi kerana sikap yang kurang jernih dalam berfikir, batinnya terasa lelah, tegang, jauh dari ketenangan dan kebahagiaan, keadaan seperti ini jelas akan berpengaruh terhadap setiap pemikiran dan tingkah-laku, sebab ia akan menampilkan perilaku yang jauh dari hati yang jernih. Oleh itu cubalah hidup ini kita hadapi dengan penuh semangat, dengan penuh keramahan, tampakkan wajah yang cerah dan ceria, senyumlah terhadap semua persoalan itu dengan wajar dan tulus, temuilah setiap orang dengan sopan dan santun, dan sapalah dengan ramah dan penuh penghormatan, nescaya akan melahirkan keajaiban yang luar biasa. Apa yang menjadi beban berat akan berubah menjadi ringan, perkara yang menjadi sesak dada kita akan berubah menjadi lapang, dan yang lebih dahsyat lagi ialah semangat untuk menghadapi persoalan mengalami peningkatan yang berlipat ganda dan apatah lagiorang lain akan membalas dengan keramahan kita, tentu semua itu akan menjadi dayakekuatan rohani kita dalam menghadapi berbagai masalah yang pelik. Memang sikap ramah itu amat menyenangkan , tidak hanya bagi orang lain yang melihatnya, tetapi terutama bagi diri kia, bukankah hidup kita ini kita inginkan penuh dengan keceriaan , kesenangan dan kebahagiaan? Semua ini akan kita akan dapatkan dari keramahan, sebab keramahan akan melahirkan ketenangan batin, teratur dalam berfikir dan bertindak, maka dengan demikian ia akan mengubah yang sulit menjadi mudah, yang jelek menjadi baik, yang susah akan menjadi gembira, yag cemas menjadi yakin dan itulah kesenangan sebab ia akan mencapai kejayaan. Dengan demikian jelas sekali bahawa keramahan akan melahirkan kesenangan pada diri kita sendiri dan juga kepada orang lain. 3. Akan menimbulkan Kesihatan Jasmani dan Rohani Ada sebuah penyelidikan tentang kalori yang digunakan untuk sebuah kemarahan, hasil penyelidikan itu menyimpulkan bahawa, ketika seseorang itu sedang marah, maka ia akan dapat menyedut semua tenaga dari luar dan dalam , ditambah lagi kemampuan bekerja akan terganggu dalam keadaan tidak normal, akibatnya dapat dilihat , bahawa orang yang suka marah dan maki hamun mempunyai efek yang jelas iaitu mudah terkena penyakit. Dengan demikian jelas sekali bersikap tidak ramah, seperti cepat marah, senang maki hamun adalah mudahnya terkena penyakit dan ia akan menimbulkan penderitaan, dan ketika manusia itu sedang sakit, maka semua harta, kedudukan, kemuliaan tiada berguna kerana tidak memberikan kenikmatan dan keselesaan. Yang membuat kita nikmat adalah sihat. Nabi Sallallahualaihi wassalam pernah bersabda ada dua kenikmatan besar yang sering dilupakan, iaitu kelapangan dan kesihatan. Nabi Muhammad S.A.W dijadikan contoh sebagai seorang menusia yang paling ramah, sikap ramah itu ternyata merupakan aset yang amat besar, sebab dengan keramahannya itu sepanjang hidupnya, Nabi S.A.W hanya sakit dua kali, meskipun tugas dan masalah yang amat berat beliau hadapi, di dlm keluarga beliau menghadapi isterinya seramai 9 orang, kemudian diluar rumah beliau mesti menghadapi berbagai permasalahan yang amat berat dengan infrastruktur yang amat terbatas. Nabi S.A.W menjadi pemimpin dalam keadaan yatim, sementara yang dihadapi adalah kaum kafir Quraisy yang kuat segala-galanya. Kunci utama kejayaan Nabi S.A.W dan kesihatan Nabi S.A.W adalah disamping kerana keyakinannya yang kukuh serta kuatnya pasrah kepada Allah, juga faktor yang utama adalah kejernihan hati, sikap nabi S.A.W yang ramah, yang selalu berusaha menyenangkan dan membahagiakan orang lain. Nabi S.A.W menaburkan kasih sayang, menghidupkan sikap tolak ansur, membiasakan tolong-menolong dan hormat-menghormati. Itu semua menjadi kekuatan Nabi S.A.W dalam menghadapi berbagai masalah yang dihadapinya. Dengan demikian wajar jika Nabi S.A.W dalam keadaan sihat sepanjang masa. Sikap ramah tidak hanya menimbulkan kesihatan jasmaniyah juga ia akan melahirkan kesihatan rohaniyah. Orang yang ramah, ia akan melenyapkan sifat-sifat yang tidak terpuji. Keramahan akan melenyapkan sikap dendam, hasad dengki, dan sikap ramah juga dapat menghilangkan sikap kikir. Pakar psikologi mengatakan di antara sikap yang dapat merosakkan fizik dan mental manusia adalah sikap sombong , hasad, pemarah, maki hamun. Sikap itu semua akan dapat kita jauhi tidak lain hanya dengan sikap ramah. 4. Akan Murah Rezeki Ada sebuah kisah, seorang pedagang ditengah-tengah pasar yang ramai dan besar. Didalamnya itu terdapat sebuah kedai yang kecil, kedai tersebut menjual alat kelengkapan sekolah yang ala kadarnya, dan tempat kedai itu juga agak jauh masuk kedalam. Tetapi sungguh aneh dan ajaib, dikedai tersebut tidak pernah sepi daripada pembeli, setiap hari didatangi orang ramai, tentu kedai tersebut tidak pernah sepi daripada pembeli, setiap hari didatangi orang ramai, tentu kedai tersebut jualannya laku, hasil yang didapati melebihi daripada kedai2 yang besar dan lebih lengkap dan tentu juga rezekinya semakin bertambah. Lalu apa rahsianya? Ternyata peniaga tersebut sangat dikenali sebagai peniaga yang ramah, jujur dan menghormati pelanggan, tiada satupun pelanggan yang merasa tertipu atau kecewa , semua pelanggan merasa puas hati atas sikapnya yang ramah dan atas kejujurannya dalam berniaga. Sikap dan kata-katanya selalu mempersonakan, wajahnya menyuburka rasa persahabatan, begitu pula layanannya benar-benar menjadikan pelanggan sebagai raja. Dalam diri pelanggan telah merasa mendapat keuntungan yang berlipat ganda, iaitu pelanggan merasa mendapat keuntungan berlipat-ganda, iaitu pelanggan merasakan kepuasan batin yang tidak terhingga nilainya. Oleh itu jelas sekali peniaga yang ramah itu tidak hanya mendapatkan kebahagiaan zahiriyah tetapi juga mendapatkan kebahagiaan batiniyah. Anda boleh bayangkan dengan peniaga yang tidak jujur dan tidak ramah, tentu mereka akan dijauhi pelanggan, itu bermakna ia akan dijauhi rezeki. Oleh itu dengan demikian jelas sekali bahawa diantara keajaiban sikap ramah ialah akan mendatangkan rezeki yang melimpah. 5. Menahan Sifat Marah Sikap dan sifat marah adalah sikap yang amat terkutuk, selain itu sikap marah adalah sifat yang amat membahayakan manusia dinunia dan diakhirat, orang yang suka marah akan jauh dari manusia, jauh dari syurga, dekat dengan kerosakan. Banyak sekali hadith yang menerangkan tentang bahaya marah, diantaranya ialah sabda Nabi S.A.W yang bermaksud Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Tiada sama seseorang yang marah kecuali ia telah pergi ke tepi neraka jahannam." Hadih Nabi S.A.W : Ada seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah, siksa mana yang lebih berat? Rasulullah menjawab Dari Hadith tersebut di atas, jelas ia menunjukkan sikap yang amat membahayakan. Oleh itu kita mesti dapat menjauhinya dan diantara cara untuk menjauhkan dari sikap marah adalah dengan keramahan. Sebagaimana gambaran, jika batu dipukulkan dengan batu, maka hasilnya akan terbelah, tetapi lain halnya jika batu diadun dengan tanah yang lembek, maka hasilnya akan melekat. Didalam AlQuran terdapat cara untuk menundukkan hati keras adalah dengan kelembutan, bersikap lemah-lembut dan menyebarkan sikap kasih-sayang. Kita tentu dapat merasakan, bayangkan ketika anda dalam keadaan marah, lalu datang seorang yang ramah, bijak tutur-katanya sopan prilakunya, berseri wajahnya, jernih hatinya, ketika itu tentu ia dapat meluluhkan hati kita yang sedang marah, bahkan kemungkinan kita akan menyesal dengan sikap marah yang baru sahaja dilakukan. K.H Musthafa Bisri seorang penyair yang terkenal pernah mengatakan Ada sebuah kisah dari sebuah buku kecerdasan emosi, dalam buku itu dikisahkan, ada seorang pemuda yang berbadan tegap, dia sedang mabuk ketika naik kenderaan. Dia membuat perangai tidak sopan didalam keretapi tersebut, para penumpang keretapi merasa gelisah dan resah atas sikap pemabuk tersebut. Tiada satupun penumpang yang berani menghentikannya, tetapi tiba-tiba datanglah seorang tua kurus badannya, dia menghampiri pemabuk tersebut dengan sikap lemah-lembut. Apa yang terjadi dengan perlahan-lahan pemabuk tersebut hilang kemarahannya, dan yang lebih menghairankan lagi, pemabuk tersebut duduk bersimpuh dipangkuan orang tua tersebut.Kisah ini menunjukkan bahawa keramahan dapat meluluhkan kemarahan. 6. Memperkukuhkan Silaturrahim Didalam Islam silatulrahim adalah perkara yang sangat dianjurkan bahkan Allah mengancam akan memberi siksaan kepada hambaNya yang memutuskan hubungan silatulrahim, dan dalam keadaan yang sama orang yang mahu memperkukuhkan hubungan silatulrahim, mereka akan dipanjangkan umurnyadan dimurahkan rezekinya. Oleh sebab itu, kita perlu mengeratkan hubungan silatulrahim, sebab ia akan memberikan kebaikan di dunia dan di Akhirat. Oleh itu di antara cara untuk memperbaiki hubungan silatulrahim adalah dengan bersikap ramah. Jikalau sikap kasih-sayang telah ada pada seseorang, maka ia akan tampak indah, orang lain akan menyukainya, sebaliknyajika hilang sikap ramah itu hilang dari seseorang tersebut, maka ia akan dijauhkan dari orang ramai. Begitu jugabagi sesebuah keluarga, jika bersikap ramah dengan kaum kerabat, maka ia akan menjadi tali pengikat yang kuat untuk menyatukan hubungansilaturrahim, sebab ia akan melahirkan perasaan suka, ingin melindungi dan membela, tetapi jika sebaliknya yang terjadi, iaitu terjadinya hubungan yang saling bertentangan, saling injak-menginjak, saling benci membenci atau saling marah dan hasad menghasad, pasti ianya akan merosakkan hubungan silaturrahim. Dan jika benar-benar telah pecah hubungan silaturrahim, ia bermakna mendapat bencana yang amat besar. 7. Menjadi Ladang Amal Yang Melimpah Dalam teori ekonomi akan berlaku bahawa kita akan mengeluarkan modal sekecil-kecilnya dengan mendapat keuntungan yang sebesar-besarnya. Dalam masalah akhirat juga kita akan menerapkan teori tersebut. Yang dimaksudkan disini, kita mencari amal perbuatan yang ringan tanpa modal, tetapi ia memberi kesan yang amat besar. Diantaranya adalah bersikap ramah, ia adalah ibadah yang tanpa modal, ia tidak banyak mengeluarkan energi, tetapi dengan ramah ia akan melahirkan keajaiban yang amat besar. Dengan ramah, kita akan banyak kawan, dengan ramah hubungan kekeluargaan akan semakin erat, dengan ramah kita akan disukai semua makhluk, dengan ramah kita akan dijauhkan dari mara bahaya dan dengan ramah kita pula akan murah rezeki Demikianlah keajaiban ramah semoga kita dapat melakukannya. Amin Petikan dari : MUKHLAS ASY-SYARKANI AL-FALAHI "KEAJAIBAN IBADAH membongkar Rahsia dan Hikmah Ibadah". | |
Translate
Wednesday, April 13, 2011
KeaJaiban Ramah
Mencari Hidayah Dalam Kehidupan
HIDAYAH ialah petunjuk Allah kepada hamba-Nya untuk jalan yang baik. Amat banyak caranya untuk mendapatkan hidayah. Ada cara kita berusaha dan ada pula cara pemberian Allah kepada hamba-Nya yang terpilih. Cara berusaha ialah dengan melakukan segala ibadat, amal, membuat kebajikan, menolong sesama manusia dan apa juga perbuatan baik yang diredai oleh Allah s.w.t. Hidayah yang satu lagi ialah pemberian Allah yang terdapat dalam pelbagai bentuk. Umpamanya memberikan kefahaman agama. Oleh yang demikian, kita sebagai Muslim hendaklah sentiasa berdamping dengan Allah kerana ia dapat membawa kepada kedamaian. Cara ini boleh diusahakan dan tidak dikhususkan kepada seseorang individu atau kepada sesuatu kumpulan saja. Sesungguhnya kita hendaklah sentiasa meminta petunjuk atau hidayah daripada Allah s.w.t dan kita tidak rugi walau sedikitpun jika selalu berdampingan dengan Allah. Sekiranya manusia dibiarkan seorang diri mencari kebenaran yang hakiki tanpa pedoman dan petunjuk, ditakuti mereka akan tersesat kerana untuk mencari kebenaran terlalu panjang dan bercabang-cabang. Dalam al-Quran Allah menceritakan bagaimana keadaan manusia yang mencari kebenaran seorang diri, sepertimana firman-Nya dalam surah al-An'am ayat 76-78 yang bermaksud: ? Ketika malam telah menjadi gelap, manusia yang mencari-cari ternampak bintang lalu ia pun berkata, inilah Tuhanku. Apabila bintang itu padam dan hilang tenggelam, ia mengatakan aku tidak suka Tuhan yang hilang. Bila dilihatnya bulan mengambang ia pun berkata, itulah Tuhanku. ?Setelah bulan jatuh ia pun berkata, sesungguhnya jika Tuhan tidak memberikan petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk ke dalam orang-orang yang tersesat dan apabila dia melihat matahari terbit, maka ia berkata, inilah Tuhanku yang lebih besar dan apabila matahari terbenam dia berkata sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang mahu mempersekutukan.? Ayat yang disebutkan dalam surah al-An'am itu mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s yang menunjukkan kepada kaumnya bagaimana untuk mencari Allah s.w.t yang sebenar. Nabi Ibrahim yang telah mengenali Alah cuba mengajak kaumnya berfikir kewujudan Allah yang sebenarnya. Allah yang bersifat pengasih dan amat penyayang itu mengasihi seluruh umat manusia dan sentiasa memberi hidayah kepada umatnya supaya dapat mengenali Tuhan. Untuk mencapai matlamat itu Allah memilih beberapa nabi dan rasul yang ditugaskan menerima wahyu dan menyampaikan pengajaran itu kepada umat manusia. Oleh yang demikian nabi, rasul, wahyu dan juga al-Quran menjadi petunjuk kepada umat manusia keseluruhannya. Apakah jalan mendapatkan hidayah? Itulah persoalan yang sering menjadi tanda tanya. Sesungguhnya akal boleh digunakan untuk mendapatkan hidayah. Pergunakanlah akal yang diberikan Allah kepada manusia itu sebaik-baiknya. Hidayah tidak datang dengan sendirinya. Hidayah adalah sesuatu yang perlu dicari dan diselidiki, perlukan usaha oleh manusia kerana salah satu daripada ciri Islam ia tidak datang dengan sendiri tetapi ia datang dengan kita mencarinya. Sesungguhnya, petunjuk Allah itu amat penting untuk mencari hakikat kebenaran. Jalan menuju ke arahnya adalah amat mudah sekali. Di dalam Islam tidak ada perantaraan. Sesungguhnya perasaan keyakinan dan penumpuan yang sepenuhnya menjadi asas mencapai hidayah. Antara ayat al-Quran yang dapat memandu manusia mencapai petunjuk Allah ialah: ?Sesungguhnya tidak ada seorang di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah dan mereka tidak mengetahui bila mereka dibangkitkan.? (Ayat 65, surah an-Naml). ?Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut, sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran kepada orang-orang yang mengetahui.? (Ayat 97, surah al- An'am). Setelah menghayati keadaan sekeliling dan mencari tanda-tanda kebesaran Allah selama ini diharapkan semuga iman kita kepada Allah akan bertambah dan hidayah yang kita cari selama ini akan terhasil. | |
Taubat Satu Kejayaan
Taubat satu kejayaan SESUNGGUHNYA berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha untuk membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Al-A'la :14-15) Huraian: Insaf dan taubat daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. bukanlah sesuatu yang merugikan. Sebaliknya ia adalah satu kejayaan besar kepada individu tersebut kerana telah berjaya melawan nafsu ammarah dan nafsu lawwamah yang mengajak kepada keburukan. Allah s.w.t. memuji mereka yang bertaubat setelah mengetahui balasan dan azab yang bakal menimpa, jika mereka mengingkari perintah Allah s.w.t. Taubat yang paling disukai oleh Allah s.w.t. pula ialah taubat nasuha, iaitu taubat yang bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi lagi perbuatan yang sama. Di antara amalan soleh yang dapat memelihara diri daripada kembali melakukan kejahatan ialah berzikir, bertahmid, membaca al-Quran, mendengar kuliah ilmu, solat yang ditunaikan dengan khusyuk dn lain-lain lagi. Islam sememangnya tidak pernah menghalang umatnya daripada mencari kehidupan dunia. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Qasas ayat 77 bermaksud: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) di dalam dunia. Dengan sebab itu, setiap individu perlu pandai mengimbangi keperluan dunia tanpa mengabaikan keperluan ukhrawi agar tidak terbabas dari batas dan ajaran yang ditetapkan oleh Islam dan kembali kepada jalan Allah s.w.t. Oleh kerana itu, Allah s.w.t. menyifatkan golongan yang mengambil peringatan-Nya lalu bertaubat dan beramal soleh dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t. sebagai golongan yang berjaya. Kesimpulan Taubat yang dilakukan secara bersungguh-sungguh akan memberi kejayaan kepada diri individu daripada segala perbuatan dosa yang telah lalu. Rahmat dan keampunan Allah s.w.t. sentiasa terbuka kepada manusia yang ingin kembali ke jalan kebenaran dan kejayaan. | |
Hidup ini, suatu pertanyaan?
Pernahkah kita terfikir, kita hidup untuk apa? Sama juga seperti kalau kita bertanya, kita belajar untuk apa? Kita berusaha belajar dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sehingga menjejakkan kaki ke menara gading ini untuk apa? Kalau ikut kitaran hidup biasa, setelah tamat universiti kita akan bekerja, kemudian kahwin, kemudian ada anak, cucu cicit, kemudian bersara, bermain dengan cucu cicit, dan menunaikan haji di Mekah.
Kalau tidak bernasib baik, kita akan tinggal di rumah orang - orang tua, menghabiskan sisa hidup kita dan pengakhirannya sama iaitu mati. Ini kitaran hidup yang biasa kita lalui, yang biasa dilihat oleh mata kita.
Namun kadang kala ajal dan maut itu menjemput kita dengan lebih awal. Mungkin tika kita belum sempat menghabiskan pengajian di universiti, belum sempat nak kahwin, belum sempat nak bersara, belum sempat nak menunaikan haji. Pernahkah kita terfikir tentang ini?
Zaman universiti, dulu semasa sekolah rendah dan sekolah menengah, ada juga terdengar ada cikgu cikgu yang berkata, budak budak sekolah rendah dan sekolah menengah tidak boleh bercinta, dengan kata lain bercouple. Nanti dah masuk u baru boleh bercouple. Mungkin kerana itu, kita melihat di IPT sekarang ni berlambak mahasiswa mahasiswi yang asyik masyuk bercouple coupling. Sana sini kelihatan couple couple yang membuat durjana, berpegang tangan, bercubit cubitan... ..
Ya ALLAH, setiap hari mata ini dihidangkan dengan adegan adegan yang cukup mengaibkan. Ana yang melihat pun terasa malu, lantas apakah mereka yang melakukan dan melakonkan adegan itu tidak terasa malu. Memang benar dan tepatlah, andai kata malu telah dicabut dari dalam hati dan diri kita, maksiat dan dosa kita anggap perkara biasa dan kita pandang remeh dan enteng, astarfirullah... ... ... ... .
Siapa yang tidak ingin disayangi dan dicintai. Itu naluri manusia, itu fitrah kita. Namun sekiranya sudah melampau dan melanggar batas batas agama dan syariat, sehingga kita melebihkan kasih manusia berbanding kasih ALLAH.
CUBA PERIKSA DIRI KITA, CUBA CHECK KEMBALI DIRI KITA, DENGAN KATA LAIN, MUHASABAH DIRI.
Mari kita periksa balik apa yang kita buat dalam 24 jam sehari yang ALLAH bagikan kepada kita. Subuh - adakah kita bangun sebelum azan berkumandang, dan membersihkan diri kita dan bersiap sedia untuk menghadap Ilahi. Adakah kaki kita, kita biasakan dengan meredah angin dingin di kala subuh melangkahkan kaki ke masjid mahupun surau
Selepas solat subuh - adakah kita selalu basahkan lidah kita dsengan zikir, bacaan al mathurat, doa doa, bacaan al-quran, atau kita hanya menarik balik selimut itu dan menyambung lena setelah solat subuh dengan kadar yang pantas sebelum sempat kereta ferrari yang bertanding dalam F1 itu menghabiskan satu pusingan pun
Sekejap, dah berapa lama kita tak baca Quran? Bila kali terakhir kita membacanya? Atau kita hanya membacanya sekali seminggu, malam jumaat, kan malam jumaat kena baca yassin? Itu sahaja ke?
Pagi - pernahkah kita solat dhuha, atau kita tak pernah? Sarapan dicafe lebih penting, makanan jasmani kita berikan, tapi makanan rohani?
Tengahari - solat zohor, dan kemudiannya solat asar. Bagaimana dengan kedua dua solat ini. cepat... cepat... ..selepas zohor kena berkejar untuk kuliah, selepas asar kena berkejar ke padang, nak main bola..
Maghrib... Isyak... ..Apa pula yang kita buat antara maghrib dan isyak? Malam pula? Sepertiga malam, kita sibuk menyiapkan assigment kita, due date dah semakin mengejar. Tak pun, kalau free kita kumpul ramai ramai, lepak - lepak, cerita - cerita, makan -makan. Bila kali terakhir kita bertahajud dan bermunajat kepada ALLAH? Semasa final semester lepas ke?
Ini belum lagi ditambah dengan puasa sunat, apakah isi percakapan kita seharian. Pergaulan kita antara muslimin dan muslimat, pergaulan antara muslim dan non muslim, banyak lagi... .
Hubungan dengan kedua ayah dan ibu kita, adik - adik kita, saudara mara kita, guru - guru, lecturer, banyak lagi... ..
Malu... malu... malu... ..
Lebih banyak ana ingat dan fikirkan, rasa malu kepada ALLAH kian bertambah. Inikah buktinya kita kasih kepada ALLAH, inikah caranya menunjukkan kita adalah hambaNYA. Tak terasa malukah kita, kita cuma teringat kepada ALLAH ketika kita dilanda musibah. Kita tidak berpuas hati, kita kecewa, kita mengadu hanya ketika kita bermasalah... ...
Pernahkah kita melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH. Perjuangan apakah yang kita perjuangkan? Adakah untuk diri kita sendiri sahaja? Kepuasan diri sahaja? Kepentingan diri sahaja?
Ya ALLAH, ampunilah dosa - dosa kami yang begitu banyak ini..
Janganlah biarkan kami terus leka, lalai dan alpa...
"
READ MORE - Hidup ini, suatu pertanyaan?

Aurat Isteri Tanggungjawab Suami
RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan isteri semata-mata.
Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t.
Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardu ain).
Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka. (al-Tahrim:6). Para ulama ketika menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah ilmu tauhid.
Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya. Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya. Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian.
Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat. Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama. Tanggung jawab dan peranan mendidik berpindah ke tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh seorang lelaki.
Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah Allah.
Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang demikian akan membawa padah pada si isteri.
Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah akan ditanggung sendiri dan bukannya suami.
Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).
Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib. Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan kedua telapak tangan dan wajah.
READ MORE - Aurat Isteri Tanggungjawab Suami

Subscribe to:
Posts (Atom)